Berita Harian

Polis serbu, periksa SOP 25 pusat hiburan

Dua premis dikesan lakukan kesalahan

- Oleh Safeek Affendy Razali safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Semua pusat hiburan di Petaling Jaya diperiksa dan diserbu selepas kerajaan membenarka­n premis beroperasi semula bermula tengah malam kelmarin.

Dalam pemeriksaa­n bermula jam 9 malam hingga jam 2 pagi semalam, dua daripada 25 premis hiburan dikesan melakukan kesalahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata rata-rata pusat hiburan yang diperiksa didapati mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Selaras dengan kebenaran ini, Polis Daerah Petaling Jaya, mendapati pengunjung pusat hiburan ini mematuhi syarat dalam prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pengunjung mana-mana premis hiburan dikehendak­i menyediaka­n kod QR dalam aplikasi Mysejahter­a mereka bagi membolehka­n pemeriksaa­n dibuat sama ada mereka (pengunjung) berisiko rendah atau sebaliknya,” katanya kepada BH, semalam.

Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan juga perlu menunjukka­n ujian RTK terkini iaitu 24 jam sebelum mereka berada dalam sesebuah pusat hiburan selain pekerja perlu mengimbas aplikasi Mysejahter­a.

“Mereka yang didapati tidak mengikuti arahan ini boleh dikenakan tindakan selaras dengan perkara yang ditetapkan oleh MKN.

“Pelanggan setiap premis hiburan dibenarkan makan dan minum serta menari bersama pasangan dalam pusat hiburan tanpa perlu memakai pelitup muka,” katanya.

Dalam operasi disertai 10 pegawai dan 70 anggota Polis Daerah Petaling Jaya itu, dua premis hiburan dikenakan tindakan selepas didapati beroperasi tanpa lesen menjual minuman keras.

Rata-rata pemilik dan pengunjung pusat hiburan mematuhi syarat ditetapkan.

Di Petaling Jaya, semua pusat hiburan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Anggota polis dari IPD Petaling Jaya membuat pemeriksaa­n terhadap pengunjung pada operasi pemeriksaa­n SOP selepas pub dan kelab malam dibenar kembali beroperasi di Bandar Utama, Petaling Jaya.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Anggota polis dari IPD Petaling Jaya membuat pemeriksaa­n terhadap pengunjung pada operasi pemeriksaa­n SOP selepas pub dan kelab malam dibenar kembali beroperasi di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia