Berita Harian

Tempoh reman pemandu treler disambung 3 hari

-

Taiping: Tempoh reman pemandu treler muatan besi yang terbabit dalam nahas mengorbank­an lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Khamis lalu disambung tiga hari lagi bermula hari ini.

Perintah melanjutka­n tempoh reman lelaki berusia 28 tahun itu sehingga Rabu ini dikeluarka­n Majistret Norhidayat­i Mohammad Nasroh di Mahkamah Majistret Taiping di sini, semalam bagi membolehka­n siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Tempoh reman suspek selama empat hari sejak ditahan pada Khamis lalu berakhir semalam.

Pemandu treler terbabit yang berpakaian lokap warna ungu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi dengan diiringi anggota polis, sebelum meninggalk­an mahkamah, hampir sejam kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata lelaki terbabit dijangka didakwa sama ada pada petang esok atau Rabu.

“Perintah sambung reman selama tiga hari lagi diperoleh, bagi membolehka­n kertas siasatan kes berkenaan dilengkapk­an.

Semalam, Omar Bakhtiar dilaporkan berkata, kertas siasatan kes itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada esok dan dijangka pemandu treler itu akan dituduh di mahkamah juga pada petang hari sama.

Siasatan polis mendapati pemandu berasal dari Jitra, Kedah itu mempunyai 22 saman dengan 21 daripada jumlah saman itu sudah dibayar, termasuk lapan saman kesalahan memandu laju, selain dilapor turut mempunyai sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia