Berita Harian

Kilang makanan ternakan di Terengganu beroperasi tahun depan

-

Kuala Terengganu: Terengganu bakal mengeluark­an makanan ternakan selepas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta bersetuju melabur RM200 juta untuk membina kilang di Bukit Kor, Marang.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Makanan, Perladanga­n, Komoditi dan Pembanguna­n Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim, berkata kerajaan sudah mengenal pasti tapak dan bersetuju meluluskan sebidang tanah untuk projek pembinaan kilang berkenaan yang dijangka mula beroperasi tahun depan.

Katanya, apabila kilang itu siap dibina dan beroperasi, kerajaan mampu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bahan import sebanyak 80 peratus dengan memanfaatk­an sumber tempatan untuk menghasilk­an makanan ternakan.

“Punca utama kenaikan harga ternakan adalah disebabkan kebergantu­ngan keterlalua­n kepada bahan mentah, terutama jagung bijirin dan kacang soya yang diimport dari luar negara.

“Kita mampu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bahan import sehingga 80 peratus apabila menggunaka­n sumber tempatan untuk menghasilk­an makanan ternakan,” katanya kepada BH, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, antara bahan mentah tempatan yang akan digunakan untuk menghasilk­an ma kanan ternakan ialah rumput licin, ikan baja, ikan tilapia hitam selain kacang soya serta jagung bijirin.

Katanya, bahan mentah seperti ikan baja boleh diperoleh daripada nelayan, manakala ikan talapia hitam akan diternak dan diusahakan penduduk serta rumput licin boleh ditanam dalam kawasan kebun kelapa sawit.

“Kerajaan yakin mampu mengurangk­an kenaikan harga ternakan seperti daging lembu dan ayam apabila kilang itu mengeluark­an makanan ternakan,” katanya

 ?? ?? Azman Ibrahim
Azman Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia