Berita Harian

Hasrat terakhir mahu naik pesawat pejuang

-

Georgetown: “Doktor pakar maklumkan anak sudah pada tahap akhir dan hayatnya dijangka tidak lama. Kami juga disaran penuhi hasratnya, selain kerap ambil gambar bersama untuk kenang-kenangan,” kata Mazatul Rohana Saleh, 50.

Mazatul, ibu kepada Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri, 15, pesakit kanser Acute Lymphoblas­tic Leukaemia (ALL) tahap akhir.

Berkongsi kisah anaknya, dia berkata, anak keempat daripada lima beradik yang disahkan menghidap kanser pada 2021, dibenarkan pulang ke rumah pada Khamis lalu, selepas beberapa hari menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya, kepulangan Muhammad Irfan Mikail ke rumah di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis, kali ini diselubung­i rasa pilu kerana doktor mengesahka­n anaknya sudah tiada harapan disembuhka­n.

“Jantung saya ibarat direntap selepas diberitahu doktor mengenai perkara itu. Namun sebagai ibu, saya masih berharap ada keajaiban.

“Sebelum ini, dia hanya mahu makan masakan saya, iaitu sambal ikan bilis petai yang juga kegemarann­ya. Kebelakang­an ini, dia sudah tiada selera makan,” katanya.

Remaja itu disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas tiba-tiba mengalami sesak nafas dan bengkak pada muka serta anggota badan.

Mazatul Rohana berkata, anaknya yang sebelum ini remaja periang, lasak, disenangi guru dan rakan di sekolah serta bercita-cita mahu menjadi juruterban­g.

“Minggu lalu, dia memberitah­u mahu menaiki pesawat pejuang. Buntu memikirkan bagaimana menunaikan hasratnya, saya menghubung­i Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) (Maznah Tayib) dua hari lalu. Tak sangka dimaklumka­n TUDM sudi menunaikan permintaan itu.

“Tiada yang dapat saya katakan, selain syukur dan terima kasih kepada TUDM dan FOCCAN,” katanya lagi.

Sementara itu, Maznah ketika dihubungi, juga berterima kasih kepada TUDM yang berpangkal­an di Butterwort­h atas timbang rasa dalam menunaikan hasrat akhir remaja berkenaan.

“Hasrat Muhammad Irfan Mikail dijangka ditunaikan Rabu ini secara tertutup.

“Difahamkan penglihata­nnya juga kini tidak begitu baik berikutan urat matanya sudah pecah. Namun, kita berdoa semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.

 ?? (Foto ihsan Mazatul Rohana) ?? Keadaan terkini Muhammad Irfan Mikail dan hasratnya bagi menaiki pesawat pejuang bakal ditunaikan TUDM berpangkal­an di Butterwort­h.
(Foto ihsan Mazatul Rohana) Keadaan terkini Muhammad Irfan Mikail dan hasratnya bagi menaiki pesawat pejuang bakal ditunaikan TUDM berpangkal­an di Butterwort­h.
 ?? ?? Muhammad Irfan Mikail bersama ibunya sebelum menghidap leukaemia.
Muhammad Irfan Mikail bersama ibunya sebelum menghidap leukaemia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia