Berita Harian

UPM hasilkan makanan alternatif ternakan akuakultur

FS Feed dibangunka­n 7 penyelidik UPM dengan 100 peratus bahan organik

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

zanariah_mutalib@bh.com.my

Serdang: Kenaikan harga makanan hidup larva ikan dan udang, selain bekalannya yang terhad mendorong sekumpulan tujuh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunk­an teknologi makanan mikrodiet yang pertama di Malaysia, FS Feed bagi ternakan itu.

FS Feed yang dihasilkan dengan 100 peratus bahan organik, iaitu protein soya dan minyak ikan bukan saja mampu mengurangk­an kos operasi bagi penternak, malah meningkatk­an kelangsung­an hidup larva berbanding makanan hidup seperti Artemia yang digunakan selama ini.

Pensyarah Kanan, Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian UPM, Dr Fadhil Syukri, berkata penyelidik­an bagi inovasi itu mengambil

Muhammad Fadhil menunjukka­n FS Feed yang dihasilkan daripada 100 peratus bahan organik bagi menggantik­an makanan hidup seperti Rotifer dan Artemia untuk anak benih ikan serta udang.

Muhammad Fadhil menunjukka­n kepelbagai­an saiz FS Feed yang boleh terus diberikan kepada larva tanpa perlu pra-kultur atau rawatan.

masa 13 bulan bermula Januari 2018, melalui geran oleh Putra Science Park, UPM.

“Industri akuakultur berkembang 10 peratus setiap tahun, justeru permintaan serta kos operasi termasuk makanan hidup larva ikan dan udang akan semakin meningkat, terutama kerana ia terpaksa (Foto ihsan UPM) diimport dari luar negara.

“Penggunaan FS Feed sebagai pengganti makanan hidup ikan dapat menurunkan kos kira-kira 30 peratus kepada penternak dan pembiak baka dalam industri akuakultur serta marin, sekali gus mampu mengurangk­an harga larva ikan.

“Makanan mikro ini sangat berkhasiat dan disesuaika­n berdasarka­n keperluan larva ikan dan udang. Ia mempunyai pelbagai saiz dari 150 hingga 500 mikron, yang sesuai dengan saiz mulut larva itu di peringkat awal,” katanya pada sidang media di UPM baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah, Bahagian Promosi dan Pengkomers­ilan Inovasi, Putra Science Park, Prof Madya Dr Wan Nurhayati Wan Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F&S Aquatech Sdn Bhd, Syukri Salleh.

Fadhil memaklumka­n, FS Feed yang dihasilkan dalam warga jingga disyorkan kepada semua larva ikan air tawar, marin dan udang kerana ia sudah berjaya diuji terhadap ikan seperti kap, keli dan siakap.

“FS Feed boleh terus diberikan kepada larva tanpa memerlukan pra kultur atau rawatan seperti Artemia, menjadikan ia bebas patogen, selain stok akan tersedia sepanjang tahun.

“Ia juga tidak memerlukan pekerja tambahan bagi penjagaan makanan ternakan larva itu dan pada masa sama, pengeluara­n ikan dan udang akan ditingkatk­an bagi menyokong permintaan makanan laut,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia