Berita Harian

UKM kaji tanah adat terbiar

- Oleh Mohd Amin Jalil

bhpendidik­an@bh.com.my

Kuala Pilah: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Transforma­si Komuniti Universiti (UCTC) dan Institut Islam Hadhari UKM akan menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) terhadap tanah adat terbiar di sekitar Wilayah Undang Luak Johol, di sini.

Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata kajian akan dilakukan membabitka­n beberapa fakulti UKM bertujuan untuk membangunk­an tanah terbiar berkenaan dengan projek ekonomi.

Katanya, UKM diberikan Dana Endowmen Undang Luak Johol daripada Yayasan Undang Luak Johol (YULJ) berjumlah RM1 juta bagi menjayakan rancangan serampang dua mata itu yang turut bertujuan membangunk­an ekonomi masyarakat Johol.

“Selain itu, dana berkenaan juga turut membabitka­n pemberian biasiswa kepada anak-anak Johol yang berkelayak­an dan ingin melanjutka­n pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PHD) dalam bidang strategik khususnya yang ditawarkan di UKM.

“Dana ini cukup besar bagi sebuah universiti penyelidik­an dan ia akan digunakan untuk membangunk­an Johol,” katanya selepas Majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an dan perjanjian antara UKM dan Undang Luak Johol, di sini.

Hadir menyaksika­n majlis berkenaan ialah Datuk Undang Luak

Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MOA) antara UKM dengan Undang Luak Johol serta penyerahan cek Dana Endowmen di Balai Undang Luak Johol disaksikan Dr Mohd Ekhwan (dua dari kiri).

Johol, Datuk Muhammed Abdullah.

Untuk rekod, tanah adat di Negeri Sembilan dikanunkan dalam bentuk undang-undang bertulis dan mempunyai enakmen serta peruntukan­nya tersendiri.

Ia sekali gus membolehka­n ia terpelihar­a dan melindungi kepentinga­n generasi seterusnya.

Menurut Mohd Ekhwan, UKM akan menggunaka­n kepakaran sedia ada untuk membantu pemilik tanah adat terbiar membangunk­an projek ekonomi.

Sementara itu, Muhammed berkata, kolaborasi dengan UKM adalah penting bagi membantu membangunk­an ratusan hektar tanah (Foto Mohd Amin Jalil/bh) adat dengan berstruktu­r, terancang dan dikelolaka­n oleh barisan pakar.

“Saya berharap kerjasama ini menjadi inspirasi dan memacu pemerkasaa­n khidmat komuniti, jaringan akademik dan seterusnya merealisas­ikan aspirasi kecemerlan­gan UKM sebagai sebuah universiti watan,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia