Berita Harian

Harga emas dijangka terus turun

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Pelabur patut manfaatkan peluang tambah pegangan logam berharga zaky@bh.com.my

Harga emas dijangka terus menyusut dalam tempoh jangka pendek selepas mencecah paras rendah tiga bulan kepada AS$1,838.26 (RM8,050.59) seauns atau RM258.83 segram baru-baru ini, didorong pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelemahan yuan China.

Susulan kejatuhan mendadak emas, peniaga aset selamat itu berpendapa­t kini adalah masa yang sesuai untuk membeli atau menambah pegangan dalam komoditi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kim Trading Venture Sdn Bhd, Liew Kim Fung, berkata kejatuhan berterusan harga emas sejak kebelakang­an ini adalah peluang terbaik yang perlu dimanfaatk­an oleh pelabur.

“Walaupun harga emas mungkin susut lebih jauh, adalah lebih baik untuk membeli atau menambah pegangan sekarang daripada melihatnya melantun semula dan terlepas peluang membeli pada harga rendah,” katanya kepada BH.

Beliau bagaimanap­un berkata, penurunan harga emas kebiasaann­ya bersifat sementara, manakala pergerakan mata wang sentiasa berubah dan ini mungkin memihak kepada emas untuk melantun semula.

“Melihat kepada krisis berterusan antara Russia dan Ukraine yang mungkin merebak ke negara lain, ia akan memberi kesan kepada harga emas untuk terus melonjak mendadak dan mungkin melepasi AS$2,200 (RM9,634.81) seauns atau RM309.77 segram, sekali gus menjadikan­nya lebih mahal untuk dimiliki,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, Mohd Faizal Mohd Nor pula berkata, bukan hanya pasaran logam berharga terkesan pada masa ini, bahkan pasaran saham utama dunia seperti S&P 500 dan mata wang kripto turut merudum.

Justeru, katanya, ramai pelabur melepaskan pegangan dalam emas untuk menghindar­i ‘kerugian’, namun ia peluang untuk menambah lebih banyak pegangan aset kerana emas dijangka tetap utuh untuk jangka panjang.

“Saya sudah menjangkak­an kejatuhan harga emas kerana Rizab Persekutua­n (Fed) AS sedang tersepit dalam mengimbang­i tekanan inflasi yang tinggi

Ketua Pegawai Eksekutif Kim Trading Venture Sdn Bhd ketika ini.

“Bagaimanap­un, ia tidak mempunyai banyak pilihan selain menaikkan kadar faedah yang akan memberi tekanan jangka pendek pada harga emas,” katanya.

Beliau berkata, pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Fed memberi tekanan sementara pada harga emas kerana aliran modal beralih kepada bon dan sekuriti kerajaan.

Justeru, katanya, pelabur akan cenderung untuk memilih kecairan tunai berbanding kelas aset lain.

“Namun, saya yakin, selari dengan ekonomi dunia yang berada dalam persekitar­an inflasi yang tinggi, pelabur akan beralih semula kepada kelas aset selamat seperti emas,” katanya.

Sementara itu, pemilik Kedai Emas Jesselton berpangkal­an di Kota Kinabalu, Faizul Moktar, berkata kejatuhan harga emas adalah masa sesuai untuk menambah pegangan stok emas fizikal.

Namun, beliau berpandang­an masa paling sesuai membeli atau menambah pegangan emas adalah ketika ada lebihan duit, tidak kira masa emas naik atau turun.

“Kejatuhan atau kenaikan harga emas hari ini bersifat sementara bagi tempoh jangka pendek. Jika dilihat dari sudut jangka panjang harga emas terus menampakka­n kenaikan sangat ketara disebabkan inflasi saban tahun.

“Bagi pencinta emas di Malaysia, kejatuhan harga emas adalah masa terbaik mendorong mereka untuk menambah pegangan logam berharga yang kalis inflasi ini lebih banyak untuk simpanan masa depan,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia