Berita Harian

Mata wang kripto semakin menjunam

-

Mata wang kripto pulih daripada kerugian besar pada akhir dagangan minggu lalu dengan bitcoin kembali melebihi AS$30,000, namun kekal mencatatka­n rekod kerugian berturut-turut selepas kejatuhan Terrausd yang dikenali sebagai stablecoin.

Aset kripto turut digunakan dalam penjualan meluas pelaburan berisiko berikutan kebimbanga­n terhadap inflasi yang tinggi dan peningkata­n kadar faedah.

Sentimen amat rapuh kerana token yang sepatutnya ditambat kepada dolar telah goyah.

Bitcoin, mata wang kripto terbesar mengikut jumlah nilai pasaran berjaya melantun pada sesi Asia dan didagangka­n sekitar AS$30,500 akhir dagangan Jumaat lalu.

Ia mengalami pemulihan daripada paras terendah 16 bulan sekitar AS$25,400 yang dicapai pada hari sebelumnya.

Namun, bitcoin jauh di bawah paras minggu terdahulu iaitu sekitar AS$40,000 dan mencatatka­n rekod kerugian mingguan ketujuh berturut-turut.

“Saya tidak fikir tempoh terburuk telah berakhir. Saya fikir terdapat lebih banyak kelemahan dalam beberapa hari akan datang.

“Apa yang kita perlu lihat ialah minat terbuka merosot secara mendadak, jadi ramai spekulator benar-benar keluar daripada (pasaran mata wang kripto) dan ketika itulah pasaran akan stabil,” kata Scottie Siu, Pengarah Pelaburan Axion Global Asset Management, firma berpangkal­an di Hong Kong yang menjalanka­n dana indeks kripto.

Saham berkaitan kripto bagaimanap­un mengalami peningkata­n, apabila saham dalam syarikat pembrokera­n Coinbase stabil semalaman, tetapi harganya tetap merosot separuh dalam masa lebih daripada seminggu.

Di Asia, Huobi Technology dan BC Technology Group, pengendali platform dagangan dan perkhidmat­an kripto lain yang disenaraik­an di Hong Kong menyaksika­n penurunan mingguan lebih daripada 20 peratus.

Bagaimanap­un pasaran kewangan lebih luas setakat ini menyaksika­n sedikit kesan daripada kejatuhan mata wang kripto.

“Kripto masih kecil dan integrasi kripto ke dalam pasaran kewangan lebih luas masih amat kecil,” kata ketua strategi FX di UBS James Malcolm. REUTERS

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia