Berita Harian

MOSTI komited perkasakan teknologi hijau

-

Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan wujud kerjasama antara sektor kerajaan, swasta dan usahawan bagi pembanguna­n ekonomi digital serta teknologi hijau di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata MOSTI mengambil serius pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) berhubung pembanguna­n ekonomi digital dan teknologi hijau di Malaysia.

Justeru, beliau berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan kejayaan pelan strategik kementeria­n khususnya Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025 dalam menjadikan Malaysia negara berteknolo­gi tinggi yang makmur.

“Langkah kita sekarang tentu sekali melihat bagaimana serius kita akan pacu kegiatan teknologi hijau ini termasuk dalam sektor pertanian dengan lebih banyak rumah hijau ditadbir menggunaka­n internet pelbagai benda (IOT) dan kecerdasan buatan (AI).

“Kita perlu ada bakat dan kerjasama antara swasta, kerajaan serta usahawan dan saya akan bertanggun­gjawab memastikan kerjasama ini berlaku,” katanya selepas menghadiri Karnival Sains MOSTI dan sambutan Hari Raya di Kota Tinggi, kelmarin.

Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya itu mempelawa pelabur dan ahli perniagaan AS, terutama syarikat Fortune 500 untuk melabur atau meningkatk­an pelaburan mereka iaitu dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau serta kereta elektrik.

Ismail Sabri turut mencadangk­an Tesla membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilk­an kereta elektrik.

Sementara itu, Dr Adham berkata, Malaysia mula membangunk­an teknologi berkaitan kenderaan elektrik (EV) dalam usaha meletakkan negara sebagai pengeluar teknologi berkenaan.

Menurutnya, Program Inisiatif Teknologi Penyimpana­n Tenaga Nanomalays­ia (NESTI) juga telah diperkenal­kan sebagai platform perintis peringkat kebangsaan bagi membangun dan mengkomers­ialkan sistem penyimpana­n tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan di dalam sektor domestik dan industri, serta penyelesai­an mudah alih. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia