Berita Harian

Ringgit stabil jika kerajaan urus ekonomi lebih baik

-

Pengurusan ekonomi yang lebih utuh akan membolehka­n ringgit kembali stabil memandangk­an langkah menambat ringgit dan kawalan aliran modal seperti yang pernah dilaksanak­an semasa Krisis Kewangan Asia serta Krisis Kewangan Global kini bukan lagi pilihan terbaik.

“Saya rasa kerajaan perlu memberi tumpuan kepada pengurusan ekonomi dengan memastikan pertumbuha­n akan kekal utuh dan memudahkan komuniti perniagaan berkembang maju serta lebih banyak pekerjaan dengan gaji tinggi dan berkualiti akan diwujudkan,” kata Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Katanya, dengan berbuat demikian, mata wang tempatan akan sejajar dengan keadaan ekonomi dan prospeknya.

Menjelaska­n prestasi semasa ringgit, beliau berkata, terdapat pelbagai sebab yang mempengaru­hi pergerakan mata wang terutama dari segi permintaan.

Beliau berkata, ini sama ada faktor jangka pendek atau struktur seperti sesuatu yang lebih kekal.

Ahli ekonomi itu berkata, faktor jangka pendek boleh dalam bentuk antara lain, keputusan kadar faedah oleh bank pusat utama seperti Rizab Persekutua­n AS (Fed) dan faktor seperti geopolitik contohnya perang di Ukraine.

“Dalam tempoh tidak menentu ini, permintaan terhadap mata wang selamat iaitu dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjadi lebih tinggi berikutan dianggap stabil dan cair.

Ini akan berlaku sepanjang masa,” katanya.

Selain ringgit, katanya, dolar Singapura susut 3.42 peratus berbanding dolar AS, baht merosot 4.52 peratus, rupiah berkuranga­n 2.39 peratus, dolar Taiwan susut 7.15 peratus dan yen merosot 10.7 peratus berbanding dolar

AS untuk tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini.

Antara langkah yang diambil pada 1998 ialah tambatan ringgit berbanding dolar AS serta menutup perdaganga­n ringgit di luar negara dan perdaganga­n saham Malaysia di Singapura untuk menamatkan aktiviti spekulatif dalam mata wang dan dalam pasaran tempatan.

Langkah lain ialah mengawal aliran modal, terutama aliran keluar modal jangka pendek oleh warga asing dan rakyat tempatan.

Semasa krisis kewangan global 2008, kerajaan melaksanak­an dasar fiskal dan monetari, menstabilk­an sistem perbankan dan mengukuhka­n prospek ekonomi untuk menstabilk­an ringgit.

Sehubungan itu, sistem perbankan mempunyai modal mencukupi untuk menyelesai­kan krisis dan agak sukar bagi pihak berkuasa Malaysia untuk meminjam daripada bank

Mohd Afzanizam Abdul Rashid

asing.

Malaysia turut mengambil langkah untuk menangani krisis dalam bentuk pakej rangsangan fiskal dan melonggark­an dasar monetari.

Bagaimanap­un, Mohd Afzanizam

berkata, langkah yang diambil pada 1999 dan 2008 bukan terbaik yang boleh dilaksana untuk menyelesai­kan kebimbanga­n yang semakin meningkat hari ini.

“Kita perlu memahami impak daripada pergerakan mata wang sentiasa dua hala. Ia boleh menjadi urusan yang mahal kepada pengimport berikutan mereka perlu membayar lebih, tetapi pengekspor­t mendapat manfaat daripadany­a kerana harga eksport menjadi amat berpatutan daripada pandangan pembeli asing,” katanya.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata, satu lagi aspek penting ialah subsidi untuk rakyat bagi mengurangk­an kenaikan inflasi dan harga barangan keperluan asas.

“Kita akui terdapat kes salah guna subsidi, tetapi pembaharua­n perlu tidak diteruskan pada masa ini untuk mengelak keadaan lebih teruk.

“Apa yang kita perlukan ialah pelan hala tuju dan komunikasi terus dengan perniagaan untuk memastikan rakyat tidak perlu memikul beban ini di bahu mereka,” katanya. BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia