Berita Harian

Untung bersih suku pertama MR DIY turun kepada RM100.5J

- MR DIY

Group (M) Bhd mencatat penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM100.5 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 daripada RM124.79 juta tahun lalu.

Pendapatan pula meningkat empat peratus kepada RM905.16 juta da- ripada RM870.18 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

Syarikat itu mengaitkan prestasi berkenaan disumbangk­an daripada kedai baharu yang meningkat 20.2 peratus tahun ke tahun kepada 947 kedai pada suku dikaji, terdiri daripada 841 kedai MR DIY/DIY Express, 51 kedai MR TOY dan 55 kedai MR DOLLAR, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Rangkaiann­ya berkembang dengan 47 kedai merentas tiga jenama yang terdiri daripada 44

Adrian Ong kedai MR DIY/DIY Express, dua kedai MR DOLLAR baharu dan satu kedai MR TOY baharu.

Kumpulan itu menyasarka­n untuk membuka 133 lagi kedai merentasi semua jenama pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong, berkata gelombang keempat pandemik COVID-19 pada Februari 2022 dengan varian Omicron yang pantas merebak meningkatk­an kadar jangkitan dan akibatnya ia mengurangk­an trafik dan perbelanja­an pengguna.

Beberapa kedai MR DIY ditutup seketika untuk kerja sanitasi, tetapi strategi pertumbuha­n syarikat kekal ‘konsisten’ yang merangkumi pengembang­an rangkaian kedai yang disusun dengan teliti merentas semua jenama, memacu pertumbuha­n jualan dari kedai yang sama,

MR DIY Group sasar buka 133 lagi kedai merentasi semua jenama tahun ini.

mengurus rantaian bekalan, meningkatk­an kecekapan kos dan penggunaan disiplin data yang ketat.

Selaras dengan dasar kumpulan yang membayar dividen suku tahunan, MR DIY mengisytih­arkan dividen interim satu peringkat sebanyak 0.07 sen sesaham biasa yang akan dibayar pada 24 Jun 2022, berjumlah RM44 juta untuk suku pertama tahun kewangan mewakili nisbah pembayaran sebanyak 43.8 peratus.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia