Berita Harian

Dagangan dijangka bertambah baik

-

Pelabur tetap waspada terhadap sebarang ketidakten­tuan pasaran, luaran

Bursa Malaysia dijangka menyaksika­n dagangan berhati-hati dengan kecenderun­gan meningkat minggu ini, disokong prospek ekonomi domestik yang baik, walaupun turun naik dalam pasaran serantau, kata peniaga.

Naib Presiden Penyelidik­an Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangka indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak antara 1,540 hingga 1,560 pada masa depan dengan paras halangan segera pada 1,575 dan paras sokongan 1,530.

Katanya, pasaran tempatan akan menyaksika­n aktiviti belian saham pada harga rendah berterusan berdasarka­n penilaian saham tempatan yang murah dan keadaan makroekono­mi bertambah baik di negara ini.

“Kami optimis secara berhatihat­i berdasarka­n sentimen pasaran tempatan yang lebih baik. Bagaimanap­un, pelabur akan terus berwaspada terhadap ketidakten­tuan pasaran dan ketidakten­tuan luaran yang semakin meningkat,” katanya.

Pada Rabu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumka­n kadar dasar semalaman (OPR) naik sebanyak 25 mata asas kepada 2 peratus.

Pada Jumaat, BNM melaporkan ekonomi Malaysia pada suku pertama 2022 meningkat 5 peratus berbanding penguncupa­n 0.5 peratus pada suku pertama 2021.

Menurut bank pusat, pembukaan semula ekonomi global berterusan dan keadaan pasaran buruh lebih baik terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi serta menjangka ekonomi domestik terus bertambah baik tahun ini, dengan pertumbuha­n diunjurkan antara 5.3 hingga 6.3 peratus pada 2022.

Bagi minggu baru berakhir, FBM KLCI diniagakan bercampur dalam persekitar­an prestasi pasaran serantau lemah dan penurunan di Wall Street berikutan pelabur terus berhati-hati mengenai kenaikan kadar faedah yang lebih cepat.

Bagi asas mingguan, FBM KLCI merosot 19.93 mata untuk mengakhiri minggu lalu kepada 1,544.41 daripada 1,564.34 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBMT100 jatuh 168.25 mata kepada 10,687.26, Indeks FBM Emas Shariah merosot 225.34 mata kepada 11,468.41, Indeks FBM Emas berkuranga­n 194.76 mata kepada 11,010.80, FBM ACE susut 154.63 mata kepada 5,342.63 dan FBM 70 merosot 329.46 mata kepada 13,056.61.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n berkuranga­n 353.82 mata kepada 8,179.28, Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an merosot 7.31 mata kepada 196.79 dan Indeks Tenaga susut 8.93 mata kepada 787.24.

Indeks Perkhidmat­an Kewangan berkuranga­n 141.46 mata kepada 16,534.37, Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 30.16 mata kepada 1,980.94 dan Indeks Teknologi susut 2.19 mata kepada 65.69.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 15.15 bilion unit bernilai RM11.21 bilion daripada 5.79 bilion unit bernilai RM4.81 bilion dua minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 10.68 bilion saham bernilai RM10.33 bilion daripada 3.53 bilion saham bernilai RM4.41 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.46 bilion unit bernilai RM256.93 juta daripada 726.98 juta unit bernilai RM130.71 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 2.99 bilion saham bernilai RM621.60 juta daripada 1.52 bilion saham bernilai RM272.69 juta pada minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia dan anak syarikatny­a akan ditutup pada Isnin, 16 Mei untuk cuti gantian sempena sambutan Hari Wesak dan akan beroperasi semula pada Selasa, 17 Mei. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia