Berita Harian

Duta dakwa diplomat Russia di AS diancam

-

Perisikan cuba jalin kontak, mesyuarat bersemuka dihentikan

Washington: Duta Russia ke Amerika Syarikat (AS), Anatoly Antonov, mendakwa diplomat Moscow di Washington diancam keganasan, selain cuba didekati khidmat perisikan AS yang dikatakan berusaha menjalin kontak dengan mereka, lapor agensi berita TASS, kelmarin.

Antonov memberitah­u saluran televisyen Russia, mesyuarat bersemuka juga tidak lagi diadakan antara pegawai negara itu dengan AS sejak Moscow menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.

“Ia umpama sebuah kubu yang dikepung. Kedutaan kami beroperasi dalam persekitar­an permusuhan. Kakitangan kedutaan menerima ancaman, termasuk dari segi keganasan fizikal.

“Ejen daripada perkhidmat­an keselamata­n AS menunggu di kawasan luar Kedutaan Russia, malah memberi nombor telefon Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI), yang boleh disifatkan sebagai cubaan untuk mewujudkan kontak,” katanya menurut laporan TASS.

Bagaimanap­un, CIA dan FBI enggan mengulas dakwaan itu, manakala Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan dan Jabatan Negara AS belum menjawab permintaan untuk komen, setakat ini.

Sebelum ini, Duta Russia ke

Poland dilaporkan disimbah dengan bahan berwarna merah oleh individu membantah peperangan itu, Isnin lalu.

Russia dan AS saling terbabit pertikaian berhubung saiz dan fungsi misi diplomatik masingmasi­ng, lama sebelum Russia menceroboh­i Ukraine.

Moscow mengusir sejumlah diplomat AS pada Mac lalu selepas Washington mengusir 12 diplomat Russia dalam misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) negara itu di New York.

REUTERS

Konflik Russia-ukraine

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia