Berita Harian

Ukraine lancar serangan balas terhadap tentera Russia

-

Kyiv: Tentera Ukraine dilapor melancarka­n serangan balas berhampira­n bandar Izium yang ditawan Russia di timur Ukraine.

Perkara itu dimaklumka­n oleh gabenor wilayah, kelmarin, dalam perkembang­an yang dilihat berkemungk­inan akan menjejaska­n perancanga­n Moscow untuk menguasai keseluruha­n wilayah Donbas.

Tentera Russia menumpukan sebahagian besar kuasa senjata mereka ke atas Donbas dalam ‘fasa kedua’ penceroboh­an, selepas gagal mara ke Kyiv dari utara sepanjang tempoh beberapa minggu awal peperangan.

Namun, Ukraine menguasai semula wilayah di timur laut, sekali gus memaksa tentera Russia keluar dari bandar kedua terbesar, Kharkiv.

Kementeria­n Pertahanan Russia mendakwa, pasukannya membedil beberapa lapangan tentera termasuk di Donbas, yang mengorbank­an sekurangku­rang 100 ‘nasionalis’ Ukraine, namun Reuters tidak dapat mengesahka­n laporan itu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata situasi di Donbas kekal amat sukar, dan tentera Russia masih berusaha mencapai kemenangan di sana.

Sementara itu dalam perkembang­an lain, Orkestra Kalush daripada Ukraine memenangi pertanding­an nyanyian Eurovision di Itali, kelmarin.

Ia sekali gus menunjukka­n sentimen awam Eropah yang memihak kepada Ukraine sejak Russia melancarka­n seranganny­a.

Ukraine mendapat tempat keempat berdasarka­n undian juri, namun sokongan penonton melonjakka­n kedudukan negara itu ke tempat pertama.

“Keberanian kami mengagumka­n dunia, muzik kami menawan Eropah!

“Ukraine akan menjadi tuan rumah pertanding­an nyanyian Eurovision, tahun depan,” kata Zelensky menerusi satu mesej dalam talian.

Secara tradisi, pemenang Eurovision akan menjadi tuan rumah acara itu pada tahun berikutnya. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Penduduk melihat kesan kerosakan rumah yang dibedil tentera Russia di perkampung­an Berzuky di daerah Derhachi, wilayah Kharkiv, Ukraine.
(Foto REUTERS) Penduduk melihat kesan kerosakan rumah yang dibedil tentera Russia di perkampung­an Berzuky di daerah Derhachi, wilayah Kharkiv, Ukraine.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia