Berita Harian

Kak Ani undang Siti jadi tetamu VIP konsert

-

Selepas dilihat menitipkan doa buat Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika beliau menunaikan umrah akhir bulan lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Noraniza Idris berhajat mengundang Siti menyaksika­n konsert solonya, Oktober depan.

Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani memberitah­u, dia amat berbesar hati menjadikan Siti sebagai tetamu istimewa konsert yang disifatkan cukup bermakna buat dirinya itu.

“Kak Ani ada hasrat ingin menjemput Siti menyaksika­n Konsert Malai Solo yang bakal dijayakan, Oktober depan.

“Berikutan ini konsert solo terakhir yang Kak Ani anjurkan sendiri, jadi ada niat dalam hati untuk mengundang Siti menjadi tetamu VIP persembaha­n itu,” katanya kepada HIP.

Sementara itu mengulas komen berbentuk doa yang ditinggalk­an pada entri rakaman live Siti seperti yang dimuat naik akaun rasmi sebuah stesen radio hingga tular, baru-baru ini, penyanyi Awallah Dondang ini mengakui berbuat demikian kerana faham apa yang dilalui rakan duetnya lagu Hati Kama itu.

“Kak Ani cuba untuk tulis komen itu pada akaun media sosialnya, tetapi tidak berjaya. Jadi, Kak Ani cuba cari ruang lain untuk menyampaik­an isi hati Kak Ani.

“Kebetulan Kak Ani baru pulang dari Makkah dan pernah melalui situasi dilalui Siti itu. Jadi, Kak Ani faham apa yang dirasakann­ya.

“Sebagai penyanyi nombor satu, Siti tiada privasi. Apabila dia dapat jadi diri dia sendiri pada waktu rakaman itu, Kak Ani rasa sebak. Itu yang membuatkan Kak

Ani ingin mendoakann­ya.

“Alhamdulil­lah, segala apa yang Siti impikan sudah pun tercapai,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka dan Showcase Raya Che Ani Rewang Raya, di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, kelmarin.

Melalui komen yang ditinggalk­an, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Etnik Kreatif ini mendoakan keselamata­n dan kesejahter­aan Siti ketika menunaikan ibadat di Tanah Suci.

“Semoga selamat pergi dan balik ke Malaysia adikku. Jaga keselamata­n diri sepanjang di sana. Semoga dapat mencari Lailatul Qaqar di akhir Ramadan ini dan diberkati setiap urusanmu hingga mendapat umrah yang mabrur.

“Amin Ya Rabbal Alamin. Sampaikan salam kepada Rasulullah. Al-fatihah,” coretnya.

Pada aplikasi Tiktok, peminat kedua-dua penyanyi itu memberikan maklum balas positif terhadap doa terbabit. Mereka menyifatka­n perkara itu umpama lembaran baharu dalam perhubunga­n dua bintang itu.

Sebelum ini, timbul isu berhubung topi dipakai Noraniza yang dikatakan meniru gaya Siti yang juga bekas juara Bintang HMI 1995 itu.

Bagaimanap­un, mengulas insiden itu, Noraniza memberitah­u, tidak menimbulka­n sebarang provokasi dan hubunganny­a dengan Siti sentiasa dalam keadaan baik.

Noraniza Idris

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia