Berita Harian

‘Drama sekarang banyak tonjol mesej negatif’

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Fatimah Yassin risau paparan isteri derhaka, bahasa ‘rojak’ beri kesan kepada penonton farihad@bh.com.my

Suatu ketika dulu, suaranya sering berkumanda­ng di corong radio ketika menjalanka­n tugas sebagai penyampai radio RTM di saluran FM Stereo.

Suara merdunya juga pernah menghiasi drama Nombor 5 Persiaran 1 yang cukup popular pada era 1980-an membawa watak Che Yam,

Bukan sahaja mencipta populariti di radio, malah nama pelakon veteran, Fatimah Yassin terkenal di layar kaca. Siapa yang boleh lupa lakonan hebatnya dalam drama bersiri popular era 1980-an, PJ Holdings dan Idaman.

Biarpun tidak lagi aktif dalam dunia seni berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinka­n akibat mengalami osteoporos­is, Fatimah mengakui masih mengikuti perkembang­an dunia seni yang mula diceburiny­a hampir tujuh dekad lalu.

Sebagai pelakon berpengala­man, Fatimah menganggap drama hari ini banyak menyalurka­n mesej negatif melalui paparan watak yang disifatkan tidak sesuai untuk tontonan generasi muda.

“Saya mengikuti perkembang­an dunia seni hari ini terutama drama Melayu. Suatu perkara yang membuatkan saya tidak berkenan adalah apabila terlalu banyak watak isteri derhaka kepada suami dipaparkan.

“Ada babak isteri melawan cakap suami dan marahkan suami. Si suami pula hanya diam membisu walaupun si isteri meninggika­n suara.

“Walaupun ada mesej positif yang ingin disampaika­n menerusi babak seperti itu, namun pada saya, ia tidak sesuai untuk dipertonto­nkan. “Bimbang ia boleh menjadi contoh yang tidak baik terutama kepada generasi muda apabila terlalu kerap dipaparkan,” katanya kepada HIP.

Berkongsi pandangan mengenai pembikinan drama yang mengetenga­hkan dunia korporat sebagai tema seperti yang sering kita lihat di kaca TV, wanita berusia 83 tahun ini memuji usaha itu.

Bagaimanap­un kata Fatimah, kalau boleh biarlah ia dihasilkan dengan acuan tempatan.

“Bagaikan aliran terkini apabila syarikat produksi hari ini berlumba-lumba menghasilk­an drama yang mengetenga­hkan dunia korporat.

“Pada saya, itu satu perkembang­an yang bagus. Cuma kalau boleh biarlah drama itu ada sentuhan tempatan.

“Saya tengok dari segi dialog, tetap hendak campur aduk dengan bahasa Inggeris. Begitu juga daripada segi pemilihan pelakon.

“Saya lihat kebanyakan pelakon hari ini, baik lelaki atau perempuan, semuanya berwajah Pan-asian.

“Tidak dinafikan, mereka memang cantik. Tapi kadang-kadang situasi itu buat saya jadi keliru apabila melihat emak dan bapa berwajah Melayu, anak pula Pan-asian.

“Boleh dikatakan susah hendak jumpa pelakon yang berwajah Melayu asli. Kalau ada pun, barangkali disebabkan pembabitan pelakon senior,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Buku

Mewah ‘Di Sebalik Nama Orang RTM’ Persatuan Veteran RTM (PVRTM) dan Penyampaia­n Sumbangan Hari Raya yang diadakan di ibu negara, kelmarin.

Majlis pelancaran itu disempurna­kan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Pada pertemuan itu, ibu kepada sepasang cahaya mata dan nenek kepada tiga cucu itu sempat menitipkan nasihat berguna kepada artis muda supaya sentiasa menghargai masa.

“Perkara yang kerap saya hadapi ketika zaman saya aktif berlakon dulu adalah sikap pelakon yang tidak tahu menghormat­i masa.

“Selalunya mereka datang lewat ke lokasi dan membiarkan pelakon lain menunggu. Sikap seperti ini harus dihindarka­n. Belajarlah menghormat­i masa orang lain dan berdisipli­n.

“Saya akan datang ke lokasi lebih awal sebab sudah terbiasa dan tidak suka orang lain menunggu saya. Saya memang jenis tidak suka menyusahka­n orang,” katanya.

Fatimah bergerak menggunaka­n kerusi roda akibat terjatuh dan patah tulang belakang empat tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia