Berita Harian

Kecoh dua konsert Search, Din serah kepada peminat

-

Pertembung­an dua konsert kumpulan rock legenda, Search, bulan depan, menyaksika­n peminat band terbabit bagai berpecah dua.

Kontrovers­i tercetus apabila bekas vokalis Search, Amy bersama gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bes, Nasir Daud mengumumka­n bakal mementaska­n Konsert Search Endemik di Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang City Centre, di sini pada 4 Jun ini.

Anggota asal band itu, Din bersama gitaris Kid, pemain bes, Yan, vokalis Denden Gonjalez dan pemain drama, Minn pula akan beraksi pada Konsert Search Rockin' On Rooftop di Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, di sini, pada 11 Jun ini.

Bertanya perkara itu kepada Din atau nama sebenar, Noordin Mohd Taib, anggota asal Search ini menyerahka­n kepada peminat persembaha­n mana yang mahu dipilih mereka.

Namun, hakikatnya, Din mempertaha­nkan mereka adalah barisan Search yang original atau asal.

“Selama ini, kami tidak pernah keluarkan kenyataan mahu meninggalk­an Search atau sebagainya.

“Jika ada kenyataan seumpama itu (dikeluarka­n), boleh tunjukkan bukti... Kami tidak gentar. Kami berani kerana benar,” katanya pada sidang media dan rumah terbuka Konsert Search Rockin' On Rooftop, di ibu negara, baru-baru ini.

Din berkata, dia dan rakan dalam band bersikap terbuka andai peminat mahu memilih manamana konsert.

“Tidak mengapa kalau peminat anggap Search yang asli wujud bersama Amy. Hendak sokong Search yang sana atau yang ini (merujuk kepada mereka), kami terbuka.

“Kami teruskan perjuangan ini... Bukan hendak berlawan dengan sesiapa. Tak perlu gaduhgaduh. Kami hendak terus berkarya dan enjoy muzik Search,” katanya.

Sementara itu, Kid atau nama penuhnya, Hamzah Mohd Taib berharap peminat kumpulan Search tidak bertelagah sesama sendiri.

“Tidak perlulah hendak bertelagah. Ini adalah pilihan sekalipun kelompok peminat sudah terbahagi dua. Mereka boleh dengar dan sokong ikut suka hati.

“Tidak payah peningkan kepala. Apa yang penting, kita berjuang dan menyokong secara jujur dan matang.

“Nak bertelagah buat apa? Tidak mendatangk­an faedah. Perkara ini tidak beri kebaikan langsung... Elaklah jika boleh,” katanya.

Sementara itu, konsert dirancang bakal menampilka­n kelainan

Kid (kiri) dan Din pada sidang media Konsert Search Rocking On Rooftop yang akan berlangsun­g di bumbung Kompleks Campbell pada 11 Jun ini.

terutama dari segi bunyi, pencahayaa­n, rekaan pentas dan pemilihan lagu.

Kumpulan otai itu dijangka membawa antara 14 hingga 17 lagu Search termasuk dendangan yang jarang dan tidak pernah dimainkan dalam mana-mana konsert.

Contohnya, lagu dipetik daripada album keenam Search iaitu Rampage yang diterbitka­n pada 1992.

Konsert Search Rockin' On

Rooftop bakal menampilka­n Ratu Rock, Ella sebagai penyanyi undangan. Ella juga akan berduet dengan Denden.

Peminat masih boleh mendapatka­n tiket berharga RM198 dan RM298. Tiket paling murah, RM88, bagaimanap­un sudah habis dijual.

Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell. Bagi pembelian dalam talian, layari laman web www.fenomenase­arch.com.

 ?? (Foto Azhar Ramli/bh) ??
(Foto Azhar Ramli/bh)
 ?? (Foto Fathil Asri/bh) ??
(Foto Fathil Asri/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia