Berita Harian

‘Mentaliti raksasa‛ resipi Liverpool

-

Piala FA Inggeris

The Reds julang kejuaraan selepas atasi Chelsea penentuan penalti

London: “Ia perlawanan yang menakjubka­n, perlawanan sengit. Chelsea juga berhak menang dengan cara yang sama, itulah jurangnya terlalu kecil,” kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas skuadnya memenangi Piala FA dengan menewaskan Chelsea di sini, kelmarin.

Klopp memuji ‘mentaliti raksasa’ pemainnya ketika Liverpool menahan gementar untuk memenangi gelaran berkenaan selepas penentuan sepakan penalti berdepan The Blues sekali gus berada di landasan untuk memburu empat kejuaraan.

The Reds menang 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley itu apabila pertahanan Greece, Kostas Tsimikas menjadi wira dengan sepakan penting selepas Alisson Becker menyelamat­kan percubaan Mason Mount.

Aksi final tamat dengan 0-0 selepas masa tambahan yang mencetuska­n penentuan penalti dan menyaksika­n percubaan pemain

Chelsea, Cesar Azpilicuet­a diselamatk­an dan usaha bintang Liverpool, Sadio Mane ditepis Edouard Mendy.

“Kami mengatasi tempoh yang bagus daripada Chelsea, dan kemudian mencipta saat yang bagus untuk kami sendiri. Kami ada mentaliti raksasa tetapi mereka juga ada kekuatan yang sama. Chelsea bermain dengan baik tetapi hanya ada satu juara dan hari ini ia menjadi milik kami,” kata Klopp.

Buat kali kedua musim ini, Liverpool muncul juara mengatasi Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti selepas menewaskan pasukan sama 11-10 selepas keputusan 0-0 pada final Piala Liga Februari lalu.

Kejayaan pertama Liverpool menjulang Piala FA sejak 2006 meneruskan usaha mereka menjadi pasukan England pertama memenangi semua empat kejuaraan besar dalam satu musim.

Ketika ini dua kejuaraan sudah berada dalam tangan dan skuad Reds berharap pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City akan mencicirka­n mata berbaki dua perlawanan.

Walaupun Liverpool

Mendy menyelamat­kan sepakan penalti Mane pada aksi final Piala FA antara Chelsea dan Liverpool di Stadium Wembley, London.

tidak menang gelaran England kedua dalam tiga musim, mereka masih boleh menamatkan kempen dengan memenangi Liga Juara-juara menentang Real Madrid di Paris pada 29 Mei ini. AFP

Juergen Klopp

 ?? ??
 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia