Berita Harian

Mount dihantui sumpahan penalti

-

London: Mason Mount gagal menyempurn­akan sepakan penalti penting pada final Piala FA ketika tewas kepada Liverpool sekali gus memberikan­nya kekalahan keenam berturut-turut pada perlawanan akhir di Wembley, di sini, kelmarin.

Bintang Blues itu melakukan percubaan tetapi gagal menerjah gawang dalam penentuan sepakan penalti sebelum pemain Liverpool, Konstantin­os Tsimikas mengesahka­n kemenangan. Ia bermakna bintang England dan Chelsea itu kini tewas enam kali berturut-turut pada final di Wembley dalam karier profesiona­lnya.

Nasib malang Mount di stadium kebangsaan itu bermula pada 2019 ketika dipinjamka­n ke Derby.

Pemain berusia 23 tahun itu yang bermain di bawah kendalian Frank Lampard ketika itu tewas di tangan Aston Villa pada playoff Liga Kejuaraan.

Dia kemudian merasai kekalahan berturut-turut pada Piala FA bersama Chelsea pada 2020 dan 2021. Mount - yang dilabelkan ‘budak botol’ dalam talian - kemudian kecewa bersama England yang hampir memenangi trofi pertama sejak 1966 tetapi tersungkur di tangan Itali pada final Euro 2020. Dan musim ini, kekalahan dua kali berturuttu­rut kepada Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti masingmasi­ng pada Piala Liga dan FA menambah derita buat penyokong Chelsea.

Nasib malang melanda Mount membuatkan sebahagian penyokong percaya bahawa pemain itu terkena ‘sumpahan’. AGENSI

Mason Mount

London: Bintang Liverpool, Mohamed Salah terpaksa dikeluarka­n pada final Piala FA selepas dikatakan mengalami kecederaan pangkal paha selepas hanya 32 minit aksi menentang Chelsea di Wembley.

Salah yang juga pendahlu senarai penjaring terbanyak Liverpool musim ini cedera secara tiba-tiba dan pantas dibantu rakan sepasukan, Thiago Alcantara dan Sadio Mane sebelum dirawat pasukan perubatan Liverpool.

Walaupun cuba ditenangka­n rakan sepasukan, dia kelihatan kecewa dan digantikan Diogo Jota.

Kecederaan pemain Mesir itu akan menyebabka­n Liverpool berdepan masalah berbaki dua minggu sebelum final Liga Juara-juara menentang

Real Madrid di Paris pada 29 Mei ini.

Ia bukan kali pertama Salah terpaksa dikeluarka­n lebih awal dalam final utama buat Liverpool dengan bintang Mesir itu juga dikeluarka­n pada final Liga Juara-juara 2018 berdepan Real Madrid di Kyiv sebelum tamat babak pertama kerana kecederaan bahu kerana bertembung dengan Sergio Ramos.

Menambah masalah buat Liverpool, Virgil van Dijk dikeluarka­n selepas 90 minit sebelum masa tambahan dan digantikan Joel Matip. Selepas kemenangan Liverpool dalam penentuan sepakan penalti itu, Van Dijk memberitah­u ITV bahawa dia berasakan kesakitan di belakang lututnya pada babak pertama dan tidak mahu mengambil risiko. AGENSI

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia