Berita Harian

Tutup kempen raih gangsa

-

Wushu

Wai Kin tak sangka menang pingat acara daoshu-gunshu

Hanoi: Atlet wushu, Yeap Wai Kin menutup kempen Sukan SEA 2021, di sini, semalam dengan meraih pingat gangsa pada penampilan yang mungkin terakhir untuknya di temasya dwitahunan berkenaan.

Wai Kin menduduki tempat ketiga dalam acara daoshuguns­hu lelaki, yang berlangsun­g selama dua hari di Gimnasium Cau Giay dengan markah keseluruha­n 19.26 mata. Dia meraih 9.58 mata dalam acara daoshu kelmarin tetapi bangkit semula dengan 9.68 mata dalam acara gunshu semalam.

Atlet Indonesia, Seraf Naro Siregar

meraih emas dengan 19.42 mata manakala Jowen Lim dari Singapura meraih perak dengan 19.38 mata.

Clement Ting yang memenangi emas changquan lelaki pada Jumaat lalu, menduduki tempat kesembilan dengan 9.49 mata. Markah rendah Clement adalah disebabkan oleh kerosakan pada pedangnya ketika disiplin daoshu, kelmarin.

Wai Kin berkata memenangi gangsa adalah detik yang penuh emosi kerana dia sudah merancang untuk bersara.

“Saya tersilap melakukan lompatan dan pendaratan ketika acara daoshu semalam (Sabtu) dan dipotong mata. (Seterusnya) saya berada di tempat kelapan menyertai acara gunshu hari ini (semalam) dan saya tidak sangka akan mencabar untuk pingat.

“Sasaran saya hanya untuk beraksi sebaik mungkin dan memastikan saya tidak akan menyesal kerana ini mungkin

Silat

Wai Kin beraksi bersama pingat gangsa yang dimenangin­ya menerusi acara daoshu-gunshu pada Sukan SEA ke-31 di Gimnasium Cau Giay, semalam.

persembaha­n terakhir saya di Sukan SEA. Saya benar-benar tidak menyangka untuk memenangi gangsa hari ini (semalam).

“Jadi untuk menamatkan saingan di podium sudah pasti detik yang penuh emosi buat saya kerana tidak tahu sama ada saya akan beraksi di Sukan SEA akan datang. Saya sudah mula merancang untuk bersara tetapi belum mengesahka­n bila akan bersara lagi,” kata Wai

Kin yang menjadi tonggak utama dalam pasukan negara sejak sedekad lalu.

Wai Kin yang memenangi dua emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berkata, dia percaya atlet muda negara sudah bersedia untuk mengambil alih tempatnya. Ini kali keenam saya beraksi di Sukan SEA. “Saya membuat penampilan sulung di Sukan SEA di Laos 2009,” kata atlet kelahiran Pulau Pinang itu.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia