Berita Harian

Penang dapat tonik berharga

- Oleh Syafiq Aznan

Piala FA

Layak suku akhir beri motivasi PFC ubah nasib di Liga Super syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kejayaan menempah tiket ke suku akhir Piala FA jelas menjadi tonik terbaik buat Penang FC (PFC) dalam misi mengubah nasib mereka yang ketika ini terperosok di dasar Liga Super.

Sekalipun dipalit dengan masalah prestasi di Liga Super, ia bukanlah halangan bagi skuad Harimau Kumbang menumbangk­an pasukan tercorot Liga Perdana, Perak FC 4-1 sekali gus meneruskan kemaraan dalam pertanding­an itu.

“Dengan keadaan semasa pasukan yang berjaya layak ke suku akhir, ini satu motivasi yang tinggi kerana selepas ini kita akan mengharung­i aksi Liga Super berdepan Sabah FC.

“Kejayaan ini pasti akan menaikkan moral pasukan dan semangat pemain untuk membantu pasukan menempatka­n diri dalam keadaan yang lebih baik berbanding kedudukan terbawah ketika ini,” kata jurulatih interim PFC, Manzoor Azwira Abdul Wahid.

Pada aksi di Stadium Perak itu, PFC mengesahka­n kemenangan menerusi dua jaringan Hilal Al-helwe dan masing masing

Aksi Penang FC ketika bertemu Perak FC dalam saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak, Ipoh, kelmarin. Penang menang 4-1.

satu daripada gol sendiri Aiman Khairul dan Adib Raop manakala gol saguhati The Bos Gaurus disumbangk­an Aqil Hilman.

Dalam masa sama, Manzoor turut menegaskan anak buahnya tidak boleh diulit terlalu lama dengan kejayaan di Piala FA memandangk­an tugasan besar terus menanti mereka dalam kancah Liga Super.

“Masih banyak perkara yang perlu diperbetul­kan di bahagian pertahanan, tengah dan serangan bagi memantapka­n pasukan. Cuma kemenangan itu memberi petanda positif untuk kembali bersaing di Liga Super,” katanya.

Sementara itu, pengendali The Bos Gaurus, Yusri Che Lah melihat pengalaman selain pemain import menjadi perbezaan besar sehingga menyaksika­n barisan pemainnya mudah diratah skuad Harimau Kumbang itu.

“Mereka sudah memberikan yang termampu tetapi menentang pasukan yang berpengala­man dan ada pemain import, ini adalah perbezaan yang membuatkan kita memberikan empat gol kepada pelawat,” katanya.

Badminton Terbuka Thailand

 ?? (Foto ihsan Facebook Penang FC) ??
(Foto ihsan Facebook Penang FC)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia