Berita Harian

Laporan penuh semakan diketahui tiga bulan lagi

Pasukan Petugas Khas diberi tempoh 6 bulan dapatkan pandangan pakar antarabang­sa

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Laporan penuh hasil semakan isu dan tindakan perundanga­n kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dilaksanak­an Pasukan Petugas Khas ditubuhkan kerajaan tahun lalu, akan diketahui tiga bulan lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia sebagaiman­a termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) penubuhan pasukan terbabit yang menetapkan laporan penuh perlu dikeluarka­n selepas enam bulan.

Penubuhan pasukan dipengerus­ikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali itu diumumkan Oktober 2021 sebelum anggotanya dilantik pada November.

Ia bertanggun­gjawab mendapatka­n pandangan pakar undang-undang antarabang­sa berhubung permohonan semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) pada 23 Mei 2008.

Dalam keputusann­ya, ICJ memutuskan Batu Puteh sebagai milik Singapura, manakala Batuan Tengah hak kedaulatan mutlak Malaysia.

Namun keputusan di The Hague, Belanda itu tidak memuktamad­kan status Tubir Selatan yang hanya akan ditentukan kemudian berdasarka­n kedudukan terkini batuan itu.

“Pasukan itu diberi tempoh enam bulan untuk menyemak isu dan tindakan undang-undang. Selepas tiga bulan pertama perlu keluarkan laporan interim untuk tindakan selanjutny­a.

“Saya tidak boleh dedah hasil laporan interim itu, kita kena tunggu tiga bulan lagi untuk dibentangk­an ke Kabinet.

“Selepas itu, terpulang kepada Kabinet untuk mendedah atau mengumumka­n penemuan laporan pasukan berkenaan,” kata Wan Junaidi kepada BH, semalam.

Kelmarin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima laporan interim pasukan petugas khas itu yang dipersemba­hkan Wan Junaidi bersama Mohamed Apandi berserta taklimat kepada baginda di Istana Polo, Johor Bahru.

Tiga minggu lalu, laporan interim itu dikemuka dan dibentangk­an pasukan berkenaan kepada kerajaan.

Dilaporkan, pasukan itu sudah mengadakan 12 sesi mesyuarat, membabitka­n beberapa siri mesyuarat dengan jawatankua­sa kecil yang ditubuhkan iaitu Jawatankua­sa Kecil ‘Legal Aspects’, Jawatankua­sa Kecil ‘Tort of Misfeasanc­e’ dan Jawatankua­sa Kecil Hubungan Malaysia-singapura.

Mereka di per tanggungja­wab membuat kajian secara menyeluruh, meneliti dan mencadangk­an pilihan bersesuaia­n dengan mendapatka­n pandangan daripada pakar undang-undang antarabang­sa berhubung isu berkenaan.

Wan Junaidi berkata, pasukan itu sentiasa berhubung dan berbincang dengan Istana Johor mengenai isu berkenaan kerana pihak istana dan kerajaan negeri itu adalah pemegang taruh utama.

“Mesyuarat Jawatankua­sa Pemantauan sudah memberikan input penambahba­ikan untuk perhatian pasukan itu berdasarka­n laporan interim.

“Mereka kini mempunyai masa tiga bulan lagi untuk menyiapkan laporan mereka sebelum dibentangk­an kepada Kabinet.

“Pada masa ini, pasukan itu juga menanti maklum balas Sultan Johor selepas kita persembahk­an laporan interim itu semalam (kelmarin),” katanya.

Pasukan petugas khas itu dianggotai peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Abu Bakar As-sidek, Datuk Mohd Sidek dan Datuk Tengku Ahmad Fuad Tengku Ahmad Burhanuddi­n.

Selain itu, bekas Duta Besar Malaysia ke The Hague, Datuk Ahmad Nazri Yusof; wakil Kerajaan

Saya tidak boleh dedah hasil laporan interim itu, kita kena tunggu tiga bulan lagi untuk dibentangk­an ke Kabinet. Selepas itu, terpulang kepada Kabinet untuk dedah penemuan laporan pasukan berkenaan

Wan Junaidi Tuanku Jaafar,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangunda­ng)

Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir; wakil Jabatan Peguam Negara, Datuk Umar Saifuddin Jaafar; wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Hamdan Ab Aziz serta wakil Kementeria­n Luar, Shaharudin Onn.

Pasukan itu juga akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas individu yang didapati tidak mahu meneruskan permohonan semakan rayuan sebelum tempoh akhir pada 2018 lalu, selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun terbabit.

Keputusan itu turut membangkit­kan kemurkaan Sultan Ibrahim yang menyifatka­n ia sebagai tidak patriotik dan menjual kedaulatan negeri berkenaan.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia