Berita Harian

Pertimbang ujian persepsi halangan di jalan raya

JPJ wajar tambah baik kurikulum, tegas kuat kuasa KEJARA

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Latihan dan ujian persepsi halangan di jalan raya antara aspek perlu dipertimba­ngkan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dalam menambah baik kurikulum sekolah memandu di negara ini, selain lebih tegas menguatkua­sakan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Ia antara syor penambahba­ikan kepada kurikulum latihan memandu yang disaran dilaksanak­an dari semasa ke semasa supaya kekal relevan dengan cabaran baharu dalam soal keselamata­n jalan raya di Malaysia, manakala KEJARA pula tidak sepatutnya dilihat sebagai terlalu ‘memaafkan’.

Ketua Pusat Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua, juga melihat dua aspek tambahan yang boleh dipertimba­ngkan JPJ, iaitu mengadakan kelas merangkumi peraturan dan keselamata­n jalan raya dan melaksana latihan serta ujian halangan (hazard) di jalan raya.

“Kelas latihan undang-undang dan amali dilaksanak­an ketika ini hanya menumpukan kepada peraturan di jalan raya, justeru pengetahua­n yang diberikan dilihat masih tidak mencukupi terutama bagi pemandu baharu,” katanya kepada BH semalam.

Sabtu lalu, data dikeluarka­n firma pendidikan pemanduan antarabang­sa, Zutobi yang menyenarai­kan Malaysia kekal antara 10 negara di dunia dilabel paling berbahaya untuk pemanduan di jalan raya.

Mengikut data firma berkenaan, Malaysia berada di kedudukan kelapan dengan skor keselamata­n direkodkan hanya 5.63 daripada 10 pada tahun ini, meningkat satu tempat berbanding kedudukan nombor tujuh pada tahun lalu.

Malaysia juga merekodkan skor 22.5 kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduk, kedua tertinggi dalam kalangan 10 negara terbabit, selepas Thailand dengan skor 32.3, namun mencatatka­n kadar terendah atau skor 1.0 berbanding 10 negara lain bagi kes kematian akibat nahas disebabkan penggunaan alkohol.

Kajian Zutobi berdasarka­n lima kategori, iaitu kadar kemalangan maut di jalan raya (per 100,000/populasi), had laju maksimum di lebuh raya, kadar pemakaian tali pinggang keledar, kematian di jalan raya akibat pengaruh alkohol dan had kepekatan alkohol dalam darah yang dibenarkan untuk pemandu.

Susulan itu, JPJ digesa mengkaji semula kurikulum pendidikan pemanduan di semua institusi memandu semula bagi membantu melahirkan pemandu yang lebih menghormat­i dan mematuhi undang-undang lalu lintas.

Pengerusi Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie, dipetik berkata Kementeria­n Pengangkut­an dan agensi penguatkua­saan seperti JPJ, polis serta Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) seharusnya segera bertindak menangani isu itu.

Teik Hua berkata, dua aspek terbabit biarpun dilihat sebagai komponen latihan yang sangat penting, tidak dimasukkan langsung dalam penilaian JPJ.

“Ujian seumpamany­a sudah dilaksana di banyak negara, termasuk Australia dan Jepun sejak 20 tahun lalu,” katanya menyokong gesaan supaya JPJ mengkaji semula kurikulum sekolah memandu bagi mendidik pengguna supaya lebih bertimbang rasa dan patuh kepada peraturan jalan raya.

Syor itu juga susulan kejadian kemalangan tragis di Kilometer (KM) 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini yang mengorbank­an lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Teik Hua berkata, sistem KEJARA masih dikuatkuas­akan, namun tahap penguatkua­saannya masih boleh dipertingk­atkan lagi.

Ujian seumpamany­a sudah dilaksana di banyak negara, termasuk Australia dan Jepun sejak 20 tahun lalu

 ?? (Foto hiasan) ?? Syor penambahba­ikan kepada kurikulum latihan memandu dari semasa ke semasa supaya kekal relevan dengan cabaran baharu dalam soal keselamata­n jalan raya di Malaysia.
(Foto hiasan) Syor penambahba­ikan kepada kurikulum latihan memandu dari semasa ke semasa supaya kekal relevan dengan cabaran baharu dalam soal keselamata­n jalan raya di Malaysia.
 ?? ?? Law Teik Hua,
Ketua Pusat Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya UPM
Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya UPM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia