Berita Harian

Pemilihan di beberapa cabang berlaku kekecohan

-

Kuala Lumpur: Pemilihan PKR di beberapa cabang berlangsun­g dalam keadaan tegang semalam, susulan berlaku kekecohan apabila ada pihak bertanding tidak berpuas hati dengan perlanggar­an peraturan yang berlaku ketika proses pemilihan.

Di Bayan Lepas, pemilihan PKR Cabang Bayan Baru kecoh seketika apabila dua kumpulan penyokong calon ketua Bayan Baru saling berebut pengundi sehingga menyebabka­n pertikaman lidah, di sini, semalam.

Proses pengundian untuk jawatan ketua cabang di Setia Spice Arena, Bayan Baru, di sini, menyaksika­n pertembung­an antara Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n, Industri dan Pembanguna­n Usahawan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Perselisih­an faham yang berlaku kira-kira lima minit dipercayai dicetuskan penyokong Abdul Halim itu bagaimanap­un pantas dileraikan rakan penyokong masing-masing.

Peraih undi yang terbabit dalam kekecohan itu berkata, seorang lelaki cuba ‘mencuri’ pengundiny­a sehingga menyebabka­n suasana sedikit tegang dan kecoh.

“Mereka mahu ambil pengundi kita yang baru sampai dan terus dibawa masuk ke dalam kumpulan mereka, mana boleh begitu,” kata lelaki itu yang tidak mahu namanya didedahkan.

Di Kangar, proses pengundian secara fizikal dalam pemilihan PKR peringkat negeri bagi jawatan peringkat pusat, sayap dan cabang di Cabang Kangar berlangsun­g tegang apabila seorang daripada calon bertanding mempersoal­kan kewujudan pondok ‘panas’ perayu undi dengan jarak kurang 200 meter dari tempat pengundian serta pertukaran ‘cai’ atau pasukan calon bertanding.

Pemilihan ketua Cabang Kangar memperliha­tkan pertembung­an tiga penjuru antara penyandang jawatan, Noor Amin Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis dan Ahli Parlimen

Kangar yang ditentang Timbalan Ketua Cabang PKR Kangar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Kedua-dua calon itu juga ditentang seorang lagi calon iaitu bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Padang Besar, Amar Amran yang juga anak kepada Pengerusi MPN PKR Perlis, Amran Kamaruddin.

Ay Ling mendakwa kewujudan pondok ‘panas’ milik Noor Amin dan Amar yang kurang 200 meter dari lokasi pengundian iaitu sebuah hotel di Persiaran Jubli Emas, di sini, melanggar syarat ditetapkan Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR Pusat yang menetapkan setiap pondok ‘panas’ didirikan pada pemilihan parti perlu berada 200 meter daripada tempat pengundian.

“Walaupun suasana pengundian berlangsun­g dalam keadaan baik hari ini (semalam), namun situasi kewujudan pondok ‘panas’ kurang 200 meter seperti ditetapkan JPP Pusat dilihat merencatka­n suasana pengundian.

“Ini kerana ia menyalahi syarat JPP yang menetapkan pondok ‘panas’ perlu berada dalam lingkungan 200 meter daripada tempat pengundian.

“Selain itu, pertukaran ‘cai’ atau pasukan dilihat berlaku pada pemilihan ini dengan senarai ‘cai’ diberikan kepada pengundi diambil dan ditukar kepada ‘cai’ calon lain. Ini budaya yang tidak baik,” katanya.

Sementara itu, di Port Dickson, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata seramai 6,000 hingga 7,000 ahli PKR negeri keluar mengundi secara fizikal semalam membabitka­n lapan cabang.

 ?? (Foto Mikail ONG/BH) ?? Abdul Halim dan Tze Tzin hadir pada Pemilihan PKR di Setia Spice Arena, Bayan Baru, semalam.
(Foto Mikail ONG/BH) Abdul Halim dan Tze Tzin hadir pada Pemilihan PKR di Setia Spice Arena, Bayan Baru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia