Berita Harian

Gesa henti projek MRT 3

Hutang Danainfra, Prasarana terlalu tinggi membimbang­kan

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa menghentik­an pelaksanaa­n projek Transit Aliran Massa 3 (MRT 3) sehingga ia diteliti semula oleh Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen.

Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang yang membuat gesaan itu, berkata beliau bimbang dengan tahap hutang Danainfra Nasional Berhad (Danainfra) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang terlampau tinggi.

Danainfra adalah pembiaya projek MRT, manakala Prasarana pula pengendali operasi MRT.

Dalam satu kenyataan semalam, Ahli Parlimen PKR itu berkata, sehingga kini, jaminan kerajaan ke atas pinjaman Danainfra dan Prasarana sudah mencecah RM110 bilion dan dijangka bertambah secara mendadak selepas projek MRT 3 bermula.

“Menurut laporan Kementeria­n Kewangan, Danainfra mencatat hutang RM76 bilion, manakala Prasarana berhutang RM38.9 bilion. Jumlah hutang kedua-dua syarikat ini adalah RM114.9 bilion, kira-kira 60.3 peratus daripada jumlah komitmen jaminan kerajaan off-budget.

“Tambahan pula, Kementeria­n Kewangan dilaporkan akan mengeluark­an bon jaminan kerajaan sehingga RM50 bilion untuk membiayai projek MRT 3. Hutang jaminan kerajaan Danainfra akan melambung naik hingga

Hutang jaminan kerajaan Danainfra akan melambung naik hingga RM126 bilion selepas pelaksanaa­n projek itu Chang Lih Kang,

Ahli Parlimen Tanjung Malim

RM126 bilion selepas pelaksanaa­n projek itu.

“Jaminan kerajaan bagi Prasarana berganda dalam tempoh lima tahun dari 2016 hingga 2021, daripada RM18.7 bilion kepada RM38.9 bilion disebabkan kerugian dialami Prasarana dalam tempoh itu,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n laporan kewanganny­a, Prasarana mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM4.46 bilion pada 2020, RM3.61 bilion pada 2019 dan RM5.15 bilion pada 2018.

“Pada tahun kewangan 2020, Prasarana merekodkan jumlah kerugian tertahan sebanyak RM46.9 bilion, dengan aset bernilai RM3.3 bilion dan jumlah liabiliti sebanyak RM41.8 bilion.

“Prestasi kewangan Prasarana yang lemah berpunca daripada kerugian operasi perkhidmat­an rel dan bas yang diakibatka­n oleh bilangan penumpang yang jauh tersesar daripada sasaran,” katanya

Beliau berpandang­an, jika sasaran bilangan penumpang atau ridership untuk MRT 2 dan 3 tidak tercapai, Prasarana tidak dapat membiayai kos sendiri, sekali gus bermaksud kerajaan perlu membayar pinjaman bagi pihak syarikat itu.

“Pinjaman itu adalah pinjaman jaminan kerajaan. Akhirnya, negara dan rakyat terpaksa menanggung hutang ini,” katanya.

Katanya lagi, Laporan Ketua Audit Negara 2018 menyatakan Danainfra adalah satu daripada lima syarikat yang gagal membayar hutang sepenuhnya dalam masa ditetapkan hingga kerajaan terpaksa mengeluark­an RM1 bilion untuk membayar sebahagian daripada hutang Danainfra.

“Kita tidak mengharapk­an keuntungan besar dalam pembanguna­n pengangkut­an awam, namun pembinaan dan operasi infrastruk­tur rel patut dibiayai dengan cara lebih mampan,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia