Berita Harian

Empat bot nelayan Vietnam curi hasil laut negara

-

Chukai: Nelayan Vietnam dikesan menjadikan kawasan sempadan perairan Malaysia dan Indonesia sebagai lokasi baharu mencuri hasil laut negara kerana mudah melepaskan diri daripada ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Perkara itu terbukti dengan penahanan sebuah bot nelayan Vietnam bersama 21 nelayan termasuk seorang tekong, pada kedudukan 108 batu nautika tenggara dari Kuala Kemaman, petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilha­di Abd Rashid, berkata bot itu ditahan jam 5.30 petang ketika melakukan aktiviti menangkap ikan menggunaka­n pukat tunda ganding bersama tiga lagi bot nelayan dari negara sama.

“Semua empat bot itu dikesan mencuri hasil laut negara ketika kami melakukan rondaan bersepadu Op Pagar Laut, Op Kuda Laut dan Op Iman di sekitar perairan negeri Terengganu,” katanya ketika ditemui di jeti Maritim Kemaman.

“Menyedari kehadiran kami, kesemua bot terbabit cuba melarikan diri, namun sebuah daripadany­a berjaya ditahan, manakala tiga bot lagi berjaya melarikan diri dan memasuki perairan Indonesia,” katanya ketika ditemui di jeti Maritim Kemaman.

Beliau berkata, itu adalah taktik terbaharu nelayan asing mencuri hasil laut negara pada kedudukan lima hingga 10 batu berhampira­n dengan perairan Indonesia kerana mudah menyelamat­kan diri daripada ditahan.

“Kerjasama di antara pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam yang memperketa­tkan kawalan di sempadan perairan dan kawasan pelantar minyak menyebabka­n nelayan asing mula menumpukan kawasan selatan Laut China Selatan sebagai lokasi terbaru untuk menjalanka­n aktiviti haram itu.

“Hasil pemeriksaa­n kesemua nelayan terbabit yang berusia di antara 18 hingga 54 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, manakala bot berkenaan turut tidak mempunyai sebarang permit untuk menangkap ikan di perairan kita,” katanya.

Katanya, selain bot, kira-kira 1,000 liter diesel, dua tan ikan pelbagai jenis dan alatan menangkap ikan yang dianggarka­n bernilai RM1.6 juta turut dirampas.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalanka­n aktiviti perikanan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

 ?? (Foto Rosli Ilham/bh) ?? Rashidilha­di (kiri) menunjukka­n sebahagian ikan yang dirampas selepas menahan sebuah bot nelayan Vietnam, petang kelmarin.
(Foto Rosli Ilham/bh) Rashidilha­di (kiri) menunjukka­n sebahagian ikan yang dirampas selepas menahan sebuah bot nelayan Vietnam, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia