Berita Harian

Harga produk berasas gandum bakal melonjak

Tindakan India sekat eksport jejaskan lagi bekalan akibat krisis Russia-ukraine

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Tindakan India menyekat eksport gandum ke pasaran global, termasuk Malaysia dijangka meningkatk­an harga produk berasaskan bahan mentah itu, selain bakal menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi dunia.

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata langkah yang dilaksanak­an bagi melindungi kepentinga­n pasaran domestik India itu juga dilihat menambah tekanan ke atas rantaian bekalan gandum global yang terjejas akibat krisis Russia-ukraine.

“Ini akan menyebabka­n barangan tempatan berasaskan gandum akan menjadi lebih mahal, sekali gus boleh menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi.

“Situasi ini dijangka akan berterusan beberapa bulan lagi kerana bukan mudah meningkatk­an kembali bekalan gandum dengan segera kerana ia bergantung kepada faktor cuaca dan permintaan peringkat domestik serta global.

“Justeru, rakyat Malaysia dinasihat berhemah dalam berbelanja dan mengutamak­an barangan tempatan,” katanya ketika dihubungi BH.

India melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta ketika gelombang haba akibat cuaca panas terik menjejaska­n hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.

Harga gandum di India meningkat kepada rekod tertinggi dengan beberapa pasaran mencecah 25,000 rupee (RM1,418) satu tan, berbanding harga sokongan minimum ditetapkan kerajaan 20,150 rupee (RM1,143).

Bagaimanap­un, kerajaan India menjelaska­n, pihaknya masih membenarka­n eksport membabitka­n surat kredit sudah dikeluarka­n serta atas permintaan negara yang berusaha memenuhi keperluan keselamata­n makanan mereka.

Pembeli global mengharapk­an negara pengeluar gandum kedua besar di dunia itu untuk bekalan selepas eksport dari wilayah Laut Hitam merudum susulan penceroboh­an Russia terhadap Ukraine.

Sebelum penguatkua­saan larangan itu, India menyasarka­n untuk mencatat rekod eksport 10 juta tan gandum, tahun ini.

Larangan eksport oleh India itu boleh mengakibat­kan harga global melonjak ke paras baharu, sekali gus menjejaska­n pengguna miskin di Asia dan Afrika.

Peningkata­n harga makanan dan tenaga mendorong inflasi runcit tahunan India melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh

Situasi ini dijangka akan berterusan beberapa bulan lagi kerana bukan mudah meningkatk­an kembali bekalan gandum dengan segera kerana ia bergantung kepada faktor cuaca dan permintaan peringkat domestik serta global

Ahmed Razman Abdul Latiff, Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia

lapan tahun bulan lalu serta mengukuhka­n pandangan ahli ekonomi bahawa bank pusatnya perlu menaikkan kadar faedah secara lebih agresif untuk mengekang harga.

Indonesia sebelum ini turut mengambil langkah menyekat eksport minyak sawit bagi mengekang kenaikan harga komoditi itu, di samping menjaga kepentinga­n pasaran domestikny­a.

Sementara itu, penganalis­is ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata sesuatu yang tidak menghairan­kan apabila India sekat eksport gandum bagi mengawal permintaan dalam negara yang memiliki populasi kedua tertinggi dunia selepas China.

“Susulan peperangan Russia dan Ukraine yang menjejaska­n bekalan gandum dengan keduadua negara itu membekalka­n 30 peratus daripada keperluan dunia, maka tidak mengejutka­n India pula mengambil tindakan demi kepentinga­n domestik.

“Selain kekurangan bekalan, kenaikan harga gandum dunia menyebabka­n India sukar memenuhi permintaan negara pengimport, jadi India perlu mementingk­an rakyatnya dahulu,” katanya.

Aimi Zulhazmi berkata, wujud juga gangguan imbangan pembayaran antara eksport dan import susulan kenaikan harga barangan termasuk gandum dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjurus kenaikan kadar inflasi dunia.

“Kenaikan harga gandum dunia mula memberi kesan kepada harga barang di Malaysia dan dijangka terus memberikan tekanan, apatah lagi ringgit lemah berbanding dolar AS.

“Ia dijangka berterusan kerana perang masih berlaku dan kemusnahan di Ukraine mengambil masa beberapa tahun untuk diperbaiki, itu pun seandainya perang tamat,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia