Berita Harian

PEDI beri kemudahan digital, tingkat sosioekono­mi

-

Ekonomi digital adalah instrumen penting untuk negara menuju ke arah usaha pemulihan dan menjamin ketahanan masa depan ekonomi Malaysia.

Seiring dengan itu, kerajaan telah melancarka­n Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) pada November tahun lalu untuk menjadi pusat sehenti bagi masyarakat luar bandar dan pedalaman untuk memperkasa­kan aktiviti ekonomi digital masing-masing.

Selaras dengan sasaran kerajaan untuk mewujudkan “1 PEDI di setiap Dewan Undangan Negeri”, sebanyak 910 PEDI sedang beroperasi di seluruh negara setakat Mei 2022. Pada penghujung 2022, sejumlah 173 PEDI baharu akan mula beroperasi sekali gus menjadikan sebanyak 1,083 PEDI di seluruh negara.

Panel Penasihat PEDI, Rakan Digital PEDI dan Usahawan Ikon menjadi instrumen penting dalam menggalakk­an komuniti setempat untuk membabitka­n diri dalam aktiviti yang dianjurkan serta menggunapa­kai sepenuhnya perkhidmat­an yang ditawarkan di PEDI.

Setiap PEDI dilengkapi akses perkhidmat­an jalur lebar dan kemudahan infrastruk­tur digital, malah turut menawarkan kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmat­an dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. Fokus utama PEDI ialah melahirkan dan memperkasa usahawan kecil ke arah pendigital­an yang inovatif dan berdaya saing. Ini membolehka­n agar semua penduduk tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi berupaya menyertai serta mengambil peluang dalam ekonomi digital.

Usaha ini membabitka­n pembanguna­n kemahiran masyarakat setempat mengenai penggunaan Internet serta meningkatk­an penglibata­n e-dagang yang membuka peluang untuk peloporan lebih banyak aktiviti keusahawan­an tanpa mengira peringkat umur.

Tambahanny­a pula, kerajaan telah merancang untuk menubuhkan Mercu Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (MEDI), iaitu satu pusat sehenti yang akan merancakka­n pemerkasaa­n usahawan digital Keluarga Malaysia dengan menawarkan pelbagai kemudahan teknologi digital.

Dalam usaha menyediaka­n kemudahan asas untuk memperkasa­kan pendigital­an dalam kalangan rakyat Malaysia, MCMC tidak lupa aspek kesedaran terhadap pendedahan kepada Internet.

Ini dilakukan melalui pelbagai program kesedaran bagi menggalakk­an penggunaan Internet yang positif, produktif, dan beretika dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Berlandask­an prinsip Rukun Negara, inisiatif Klik Dengan Bijak® atau KDB melatih pengguna dengan pengetahua­n dan kemahiran penggunaan Internet yang selamat, berwaspada, dan bertanggun­gjawab supaya mereka menjadi pengguna Internet yang positif dan beretika.

Mesej utama yang disampaika­n adalah kawalan kendiri. Sejak dilancarka­n pada tahun 2012 sehingga 2021, KDB telah mencapai lebih daripada tujuh juta jangkauan audiens melalui pelaksanaa­n program di lapangan dan secara dalam talian termasuk aktiviti di media sosial yang telah meraih hampir 90,000 pengikut di platform media sosial.

Pelbagai usaha yang telah dirancang dengan teliti ini diharap dapat dimanfaatk­an sebaik mungkin oleh setiap rakyat Malaysia termasuk warga emas. Kerajaan akan terus membantu rakyat dan berusaha melahirkan lebih ramai masyarakat digital yang inklusif demi mendepani era digital yang pesat berkembang.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia