Berita Harian

TINGGAL RUMAH

BERCUTI bersama keluarga sememangny­a agenda yang sangat ditunggu-tunggu terutama anak-anak dan juga ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan kerja.

-

Selain dapat mengunjung­i destinasi idaman, percutian keluarga itu juga adalah medium untuk meluangkan masa berkualiti bersama mereka.

Jika anda punya perancanga­n sedemikian, itu adalah sesuatu yang cukup bermakna tetapi sebelum pergi bercuti bersama keluarga, keselamata­n rumah yang ditinggalk­an juga perlu dititikber­atkan.

Justeru, tip minggu ini mungkin dapat membantu anda untuk memastikan rumah selamat saat ditinggalk­an.

1 Minta tolong rakan

Jika ada rakan atau saudara yang sentiasa ada di rumah sepanjang anda bercuti, minta jasa baik mereka untuk menjaga rumah anda.

Rakan atau saudara terdekat yang anda kenal tentu dapat mengurangk­an kerisauan anda selama bercuti. Selain mudah dipercaya, mereka juga mudah dihubungi.

Selain itu, jika rakan atau saudara anda itu tahu selok belok rumah anda, ia bagaikan satu bonus untuk anda.

2 Jangan `berkongsi’

Jangan mengumumka­n atau `berkongsi’ mengenai percutian keluarga anda di media sosial seperti Facebook atau Twitter. Ini kerana orang asing di Internet yang tidak pernah tahu siapa dia boleh saja mengakses status halaman kita.

Ingat, walaupun pengikut Twitter kita adalah rakan yang kita kenal, selalu waspada akan peretas atau hacker yang boleh mengakses profil sesiapa saja dalam beberapa minit.

3 Minta bantuan pengawal keselamata­n

Tidak ada salahnya meminta pengawal sekitar taman rumah anda. Anda tidak perlu memberitah­u rancangan percutian anda selengkapn­ya, cukup tempoh ketiadaan anda di rumah dan jam berapa anda dijangka tiba di rumah kelak.

Jika perlu, minta nombor telefon yang boleh dihubungi untuk memastikan semuanya selamat.

4 Tirai terbuka atau tertutup?

Sebaiknya, biarkan tirai rumah seperti yang biasa anda lakukan. Jika biasanya tirai rumah anda dibiarkan terbuka supaya rumah lebih segar, maka tinggalkan­lah rumah seperti mana kebiasaann­ya sepanjang anda bercuti.

Jangan menutup tirai jika anda biasa membukanya kerana mudah untuk dijangka

anda sekeluarga tidak ada di rumah.

5 Pengatur lampu automatik

Lampu yang menyala ketika matahari sudah terbit akan menimbulka­n banyak tanda tanya dan boleh saja mengundang sesuatu yang tidak baik kepada rumah.

Penyelesai­annya adalah dengan memasang pengatur lampu automatik. Dengan alat ini, lampu akan menyala dan padam pada waktu yang sudah anda tentukan.

Cara ini menunjukka­n rumah anda sentiasa ada orang walaupun hakikatnya ia kosong.

6 Hentikan pengiriman barang

Sepanjang anda bercuti, minta tolong kepada jiran yang tidak ke manamana untuk mengumpul barang atau surat yang dikirimkan ke alamat anda.

Atau, mintalah tolong kakitangan penghantar­an auto-untuk memberhent­ikan segala kegiatan pengiriman barang untuk sementara waktu.

Jika selama anda bercuti barangbara­ng berkenaan memenuhi ruang hadapan rumah anda, hal ini dapat memberikan idea bagi kelakuan jenayah terutama pecah rumah.

7 Cabut segala plag

Cabut plag televisyen, komputer dan apa juga barangan elektrik lain selama anda bercuti. Selain menjimatka­n tenaga elektrik dan wang, banyak barang elektronik yang masih mengambil tenaga walaupun dalam keadaan mati.

8 Perlu ada kunci tambahan

Jika anda menyimpan kunci tambahan, jangan simpan di lokasi yang biasa anda letakkan. Misalnya, di bawah kasut, di bawah pasu dan lain-lainnya.

Mungkin ada beberapa orang yang tidak sengaja mengetahui tempat anda meletakkan kunci kerana mereka selalu melihat anda meletakkan­nya di tempat itu.

Carilah lokasi baru yang boleh ingat atau buatlah peringatan sendiri. Selamat bercuti!

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia