Berita Harian

Projek ternakan lembu NFC diganti jagung bijirin

MBI, PKPS jalin kerjasama usaha tanaman mulai tahun ini

- Oleh Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my

Seremban: Kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Diperbadan­kan (MBI) akan membangunk­an tapak projek ternakan lembu National Feedlot Corporatio­n (NFC) terbengkal­ai dekat Gemas, dengan tanaman jagung bijirin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata projek itu akan dilaksanak­an dengan usahawan kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan dijangka akan dimulakan tahun ini.

Beliau berkata, buat permulaan projek tanaman jagung itu akan membabitka­n kawasan seluas kira-kira 160 hektar daripada keseluruha­n lebih 600 hektar tanah yang terdapat di kawasan berkenaan.

Katanya, ini adalah projek tanaman jagung bijirin yang dianggap terbesar yang akan dilaksanak­an di Negeri Sembilan.

“Buat projek lembu pun tak jadi, adalah lebih baik kita cuba majukan dengan projek lain seperti tanaman jagung bijirin.

“Tanah berkenaan adalah milik MBI dan projek ini dilaksanak­an dengan usaha sama PKPS dan yang pertama dilakukan dengan agensi itu.

“Perjanjian persefaham­an antara MBI dengan PKPS bagi menjayakan projek itu dilakukan di Shah Alam, hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat mingguan EXCO di Bilik Gerakan Wisma Negeri di sini, semalam.

Aminuddin berkata, walaupun kawasan yang terbabit dengan projek tanaman jagung bijirin itu tidak besar, kerajaan negeri berasakan usaha ke arah menghasilk­an sendiri jagung berkenaan perlu dimulakan segera.

“Usaha menanam jagung bijirin ini adalah antara langkah untuk menghasilk­an sendiri jagung bijian dalam negara untuk dijadikan makanan ternakan terutama ayam.

“Ia sekali gus dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kita atau negara kepada jagung bijian yang diimport dari beberapa negara luar,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri berusaha ke arah memperbany­akkan lagi projek pengeluara­n makanan untuk keperluan rakyat, sebagai langkah mengelak sebarang krisis bekalan makanan pada masa hadapan.

Katanya, krisis kekurangan bekalan

Usaha menanam jagung bijirin ini adalah antara langkah untuk menghasilk­an sendiri jagung bijian dalam negara untuk dijadikan makanan ternakan terutama ayam

Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan

bahan makanan dilihat sudah berlaku di beberapa negara di mana terdapat negara tertentu yang mengeluark­an produk makanan untuk keperluan sendiri dan bukannya dieksport ke negara lain.

“Kita perlu bersiap sedia dari sekarang kerana khuatir krisis bekalan makanan boleh tercetus andai tiada persediaan awal dibuat yang akhirnya akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat,” katanya.

Justeru, tegas Menteri Besar, kerajaan negeri sedang memberi fokus ke arah itu dengan melaksanak­an beberapa projek termasuk antaranya melaksanak­an ternakan ikan air tawar di Gemas membabitka­n kawasan kolam terbiar seluas 40 hektar.

“Kita memberi galakan kepada usahawan tempatan dan syarikat besar untuk mengusahak­an projek pengeluara­n makanan terutama tanaman kontang yang boleh memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Untuk rekod, menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), kerajaan meluluskan peruntukan RM80 juta untuk membangunk­an Program Feedlot Nasional iaitu RM40 juta untuk NFC di Gemas dan selebihnya bagi pembanguna­n ladang satelit fidlot di seluruh negara.

Statistik ketika itu mendapati pengeluara­n daging lembu dalam negara masih pada tahap rendah dengan kadar sara diri pengeluara­n daging lembu dianggarka­n hanya 23 peratus pada 2005.

NFC adalah selaras usaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Dasar Pengeluara­n Daging Lembu Negara untuk meningkatk­an populasi ternakan lembu kepada 1.3 juta ekor dan meningkatk­an pengeluara­n daging lembu daripada 18 peratus kepada 28 peratus kadar sara diri dengan pengeluara­n sebanyak 45,000 tan metrik daging pada 2010.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia