Berita Harian

Penjualan data bukan milik JPN

KDN sahkan maklumat bukan daripada Jabatan Pendaftara­n Negara

-

Putrajaya: Dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia seperti yang tular menerusi media sosial semalam, disahkan bukan milik Jabatan Pendaftara­n

Negara (JPN), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Kami (Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mempunyai mekanisme untuk mengesahka­n data yang dijual itu bukan daripada JPN.

“Seperti kes sebelum ini, penjualan data membabitka­n agensi yang diberi ruang untuk terima maklumat daripada JPN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berkenaan selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDN di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya

di sini semalam.

Hamzah berkata satu siasatan sedang dilakukan pihaknya dan mendapati data yang dijual itu adalah koleksi penjual daripada sumber lain.

“Semua individu yang terbabit dengan kegiatan penjualan data peribadi ini akan dipanggil bagi membantu siasatan dan hasil siasatan akan dimaklumka­n,” katanya.

Sehubungan itu, Hamzah berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi mendapatka­n data peribadi melalui agensi di bawah JPN akan dikaji semula.

“JPN berasakan wujud keperluan untuk data peribadi didapatkan terus daripada jabatan terbabit supaya isu seperti ini tidak timbul,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal teknologi dan telekomuni­kasi, Lowyat.net melaporkan terdapat penjualan data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia serta swafoto pengesahan kad pengenalan dimiliki 800,000 individu milik JPN dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) secara dalam talian.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hamzah beramah mesra dengan kakitangan KDN pada Sambutan Aidilfitri kementeria­n berkenaan di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Hamzah beramah mesra dengan kakitangan KDN pada Sambutan Aidilfitri kementeria­n berkenaan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia