Berita Harian

Peniaga kenakan upah potong ayam RM1.10 sekilogram

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Pengguna tanggung caj tambahan susulan peningkata­n harga bahan mentah

Johor Bahru: Peniaga ayam segar di sekitar bandar raya ini dikesan mula mengenakan caj tambahan untuk upah potong pada kadar RM1.10 sekilogram, susulan peningkata­n harga bahan mentah itu di pasaran.

Tindakan itu menyebabka­n pengguna terpaksa menanggung kos tambahan apabila setiap ekor ayam segar dibeli berharga sekurang-kurangnya RM10 setiap kilogram (kg), berikutan saiz ayam dijual ketika ini antara 2.1 hingga 2.5 kg setiap ekor.

Tinjauan di pasar basah di Kempas, di sini, mendapati walaupun peniaga memasang papan tanda harga ayam mengikut harga kawalan ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram, terdapat nota tambahan di bahagian bawah papan tanda itu tertera ‘upah potong RM1.10 per kg’ dengan tulisan kecil.

Seorang pengguna, Azura Md

Amin, 35, berkata beliau terkejut apabila terdapat peniaga mengenakan upah memotong ayam sedangkan khidmat itu sebelum ini diberikan secara percuma apabila membeli bahan mentah itu.

“Hari ini saya lihat beli dua ekor ayam selepas melihat tanda harga RM8.90 sekilogram mengikut harga kawalan, berbanding peniaga lain yang menetapkan harga sehingga RM10.50 sekilogram.

“Namun, saya terkejut apabila ayam sudah siap dipotong, peniaga menyatakan harga untuk dua ekor ayam adalah RM44. Apabila ditanya peniaga menunjukka­n nota upah potong RM1.10 pada papan tanda harga,” katanya.

Azura yang mengakui terkejut berkata, sebagai peniaga dia tidak kisah membayar caj tambahan termasuk untuk kos pemotongan ayam jika dimaklumka­n lebih awal.

“Peniaga seharusnya memaklumka­n pembeli dahulu jika ada caj lain dikenakan bagi pembelian ayam supaya pengguna boleh membuat pilihan.

“Pengguna faham peniaga juga menerima bahan mentah dengan harga mahal dan terpaksa menanggung kos operasi tinggi, namun biarlah tanda harga ditulis secara jelas dan dapat dilihat pembeli,” katanya.

Selain mengenakan kos tambahan untuk caj potong, ada juga segelintir peniaga ayam segar di bandar raya dikesan sengaja tidak meletak tanda harga pada bahan mentah berkenaan yang dijual di kebanyakan pasar basah di sini.

Tinjauan di pasar basah di Tampoi, Kempas dan Pandan, di sini, semalam sebagai contoh mendapati kebanyakan peniaga ayam segar tidak meletakkan sebarang tanda harga, malah ada juga papan tanda dibiarkan kosong atau ditampal kertas lain.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penggerak Pengguna Johor, Md Salleh Sadijo, berkata tindakan peniaga ayam segar yang mula mengenakan upah pemotongan itu difahami berikutan harga bahan mentah itu semakin melonjak.

Bagaimanap­un katanya, peniaga perlu memaklumka­n pembeli selain meletakkan notis dengan jelas supaya pembeli faham dan tidak terkeliru.

“Beberapa pasar raya besar memang sudah mula mengenakan caj pemotongan secara berasingan walaupun sebelum ini caj untuk itu tidak dikenakan.

“Pembeli rasanya faham tentang kesempitan peniaga dan tidak kisah untuk bayar caj pemotongan berasingan, tetapi ia perlu dimaklumka­n atau ditulis pada papan tanda harga bagi membolehka­n pengguna berbelanja mengikut peruntukan masing-masing,” katanya.

Kuala Nerus: Dua sarang buatan Enggang Papan (Great Hornbill) dipasang di kawasan dusun buah-buahan di Kampung Darat Batu Rakit Hulu, di sini, dalam usaha memelihara dan memulihara spesies berkenaan.

Pakar Penyelidik Burung Enggang, Dr Ravinder Kaur, berkata pemasangan sarang buatan di pokok durian itu adalah yang pertama dilakukan di luar Sabah dengan Terengganu menjadi projek perintis di Semenanjun­g.

Beliau berkata, pemasangan sarang buatan itu bagi menggantik­an sarang burung berkenaan yang rosak selepas pokoknya tumbang.

“Pemilihan lokasi berdasarka­n kajian dan penemuan spesies Enggang Papan di kawasan Batu Rakit di sini, sejak 15 tahun lalu.

“Sebenarnya pelbagai spesies enggang ditemui di Terengganu, terutama di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tetapi di kawasan ini, kita menemui Enggang Papan.

“Ini adalah projek rintis kita dan kita harap pemasangan ini dapat membantu memelihara spesis ini daripada pupus.

“Jika tidak diganti baharu, ada kemungkina­n burung ini, terutama spesies enggang yang besar seperti Enggang Papan, Enggang Terbang Mertua (Helmeted Hornbill) dan Enggang Badak (Rhinoceros Hornbill) akan pupus,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau yang juga pensyarah di Sunway University berkata, pemasangan sarang buatan itu mula dilakukan sejak 2013 bermula di Kinabatang­an, Sabah.

“Setakat ini, kita ada kira-kira 30 sarang buatan dan kita sudah merancang projek ini sejak 2019 tetapi tertangguh,” katanya.

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ?? Peniaga mula mengenakan caj pemotongan ayam di sebuah pasar di Kempas, Johor.
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) Peniaga mula mengenakan caj pemotongan ayam di sebuah pasar di Kempas, Johor.
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Pegawai Penyelidik Hidupan Liar NGO Hutan Sabah memasang sarang buatan Enggang Papan di dusun buah di Kampung Darat Batu Rakit Hulu Kuala Nerus, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Pegawai Penyelidik Hidupan Liar NGO Hutan Sabah memasang sarang buatan Enggang Papan di dusun buah di Kampung Darat Batu Rakit Hulu Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia