Berita Harian

Kerajaan kena teroka import gandum dari negara lain

- Oleh Mahani Ishak

FOMCA syor orang ramai beli ikut keperluan mahani@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sudah tiba masa kerajaan menerokai import daripada negara sumber lain, bagi memastikan bekalan makanan seperti gandum sentiasa mencukupi, selain menggalakk­an inovasi masakan menggunaka­n tepung jenis lain.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata penerokaan eksport lebih meluas penting, memandangk­an 100 peratus gandum diimport dan ia satu bahan penting dalam makanan di negara ini.

“Walaupun kerajaan bergantung 80 peratus import gandum dari Australia serta selebihnya dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Ukraine, semua negara terbabit tidak memastikan bekalan stabil untuk sepanjang masa.

“Australia dan Kanada berisiko terganggu produktivi­ti akibat perubahan cuaca ekstrem.

“Kerajaan harus mempertimb­ang import gandum dari negara lain, misalnya Turki,” katanya semalam.

Mohd Yusof berkata, isu sesetengah tempat yang tiada bekalan gandum bukan disebabkan permintaan luar biasa musim perayaan, tetapi gandum tetap diperlukan sebagai makanan harian dan digunakan sepanjang masa.

“Masalah sekarang mungkin bekalan terjejas disebabkan kekangan di negara pengeluar.

“Saya bimbang ada pihak yang menyeludup untuk menjual di negara jiran mengikut harga lebih mahal,” katanya.

Beliau mengesyork­an supaya orang ramai membeli mengikut keperluan kerana gandum dan beras tidak tahan disimpan lama dan cepat rosak.

Berhubung isu peniaga pasar basah mempamerka­n harga ayam yang mengeliruk­an, Mohd Yusof berkata, harga ayam yang sudah potong, tidak terikat dengan harga kawalan.

Timbalan Presiden FOMCA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia