Berita Harian

Bekalan tepung gandum bersubsidi di pasaran terhad

-

Pasir Gudang: Beberapa pasar raya dan kedai runcit di sini kekurangan bekalan tepung gandum bersubsidi.

Pengusaha kedai runcit juga mendakwa kehabisan stok bekalan itu sejak minggu lalu, manakala sesetengah pasar raya pula didapati hanya memiliki bekalan terhad.

Peniaga kedai runcit, Hussein Abdullah, 40, berkata kedainya hanya mempunyai bekalan tepung gandum tidak bersubsidi dengan harga RM3.05 satu peket dan jenama tepung gandum bersubsidi pula sukar diperoleh.

“Tepung gandum bersubsidi jenama GPS berharga RM1.85, selain Blue Key, Lili dan Feri berharga RM1.35 kebanyakan­nya terputus bekalan, sejak awal bulan ini,” katanya semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar

Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam, berkata pihaknya mengalami kekurangan antara 20 hingga 30 peratus bekalan tepung gandum bersubdisi di semua 87 cawangan.

Katanya, kekurangan itu kerana pembekal tidak dapat menghantar bekalan disebabkan cuti panjang sempena Aidilfitri.

Beliau berkata, setakat ini hanya terdapat bekalan tepung gandum tidak bersubsidi jenama Faiza di pasar raya itu.

“Syarikat juga mencadangk­an langkah mengehadka­n penjualan tepung gandum sekilogram kepada pembeli kerana kekurangan bekalan, bagi memastikan keperluan asas itu dapat diperoleh lebih ramai pembeli.

“Cadangan ini perlu mendapat kebenaran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya.

KPDNHEP sebelum ini memaklumka­n bekalan tepung gandum negara tidak terjejas di sebalik larangan India mengekspor­t gandum, susulan gelombang haba akibat cuaca panas.

Di Kota Kinabalu, beberapa pasar raya di sini dan daerah berhampira­n, mula mengehadka­n pembelian tepung gandum kepada dua peket setiap pembeli.

Tindakan itu bagi memastikan pengguna tidak membeli dalam jumlah banyak supaya lebih ramai pengguna berpeluang mendapat bekalan yang semakin kurang.

Tinjauan di pasar raya di Putatan di sini, mendapati had belian dua peket tepung gandum bagi setiap pembeli dilaksanak­an bermula kelmarin.

Kota Bharu: Peniaga kedai runcit di negeri ini mendakwa terbeban dengan syarat dikenakan pemborong, apabila dipaksa membeli sejumlah tepung gandum tidak bersubsidi terlebih dahulu, sebelum dibenar mendapatka­n stok subsidi.

Berdasarka­n syarat itu, jumlah tepung gandum subsidi yang akan diperoleh peniaga bergantung kepada pembelian stok tanpa subsidi, sekali gus menyebabka­n peniaga menanggung kos berlebihan.

Peniaga kedai runcit yang mahu dikenali Kak La, 40, berkata disebabkan syarat yang dikenakan pemborong menyebabka­n peruncit terpaksa mengeluark­an modal yang besar, demi mendapatka­n tepung gandum bersubsidi.

“Sebagai peniaga, saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menurut syarat diletakkan demi mendapatka­n tepung gandum.

“Sebagai contoh, jika saya membeli 20 kotak gandum tidak bersubsidi, saya hanya mendapat tiga kotak gandum subsidi,”

Mas Imran (kanan) menunjukka­n bekalan tepung gandum yang terhad di Pasaraya Econsave Cash And Carry, Pasir Gudang, semalam.

katanya di sini.

Tinjauan di bandar ini mendapati, bekalan tepung gandum bersubsidi di beberapa kedai borong dan runcit berkuranga­n, menyebabka­n peniaga terpaksa menjual stok tidak bersubsidi dengan harga lebih mahal.

Peniaga mendakwa, bekalan tepung gandum bersubsidi yang dijual pada harga RM1.35 sekilogram kekurangan sejak beberapa bulan.

Terdapat juga tepung gandum yang tidak bersubsidi dijual, namun harganya lebih mahal, iaitu antara RM2.70 sehingga RM3.50 sekilogram bergantung kepada jenama.

Seorang penjual roti canai, Isa Abd Rahman, 36, mendakwa masalah bekalan tepung gandum bermula sejak Sambutan Tahun Baharu Cina dan berlarutan hingga kini.

“Meskipun harga barangan naik seperti gandum dan telur, saya masih lagi mengekalka­n harga roti canai seperti sebelum ini demi menjaga pelanggan,” katanya.

Tinjauan bekalan tepung gandum di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

 ?? (Foto Mary Victoria Dass/bh) ??
(Foto Mary Victoria Dass/bh)
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ??
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia