Berita Harian

Malaysia, Thailand tubuh jawatankua­sa bincang projek HSR

-

Perbincang­an terperinci babit perancanga­n, jajaran kereta api Bangkok-kl

Singapura: Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menubuhkan jawatankua­sa khas bersama bagi membincang­kan perkara terperinci mengenai perancanga­n, jajaran dan aspek teknikal lain berkaitan cadangan projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Bangkok-kuala Lumpur.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata jawatankua­sa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pengangkut­an Thailand.

Terdahulu, beliau yang berada di Singapura atas jemputan kerajaan negara itu mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatann­ya dari Thailand, Saksayam Chidchob.

“Susulan daripada lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand pada Februari lalu, kami seperti mana yang diamanahka­n oleh kedua-dua Perdana Menteri, buat kali pertama memulakan perbincang­an tentang cadangan projek HSR dari Bangkok ke Kuala Lumpur,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya.

Pada 26 Februari lalu, Malaysia dan Thailand dilaporkan bersetuju untuk menjalanka­n kajian kebolehlak­sanaan jajaran HSR di antara Kuala Lumpur dengan Bangkok.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, persetujua­n itu adalah hasil pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha di Rumah Kerajaan di Bangkok semasa lawatan rasmi pertama beliau ke negara itu.

Dalam catatan yang sama, Ka Siong turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Saksayam atas kerjasama Thailand dalam melaksanak­an Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara kedua-dua negara pada pertengaha­n Mac lalu walaupun untuk tempoh singkat sebelum sempadan Malaysia dibuka semula mulai 1 April lalu.

“Malaysia dan Thailand akan terus bekerjasam­a untuk memulihkan sektor penerbanga­n,” katanya. BERNAMA

Kami seperti mana yang diamanahka­n oleh kedua-dua Perdana Menteri, buat kali pertama memulakan perbincang­an tentang cadangan projek HSR dari

Bangkok ke Kuala Lumpur Wee Ka Siong,

Menteri Pengangkut­an

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia