Berita Harian

NAHRIM kaji potensi takungan air bawah tanah

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Alam Sekitar dan Air, melalui Institut Penyelidik­an Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sudah dan sedang menjalanka­n penyelidik­an mengenai potensi takungan air bawah permukaan bagi tujuan simpanan, terutama ketika musim hujan untuk digunakan pada musim kemarau.

NAHRIM memaklumka­n, Kajian Kebolehlak­sanaan Empangan Bawah Tanah dan Kajian Meningkatk­an Rizab Bekalan Sumber Air Mentah itu dilakukan dengan mengoptimu­mkan akuifer cetek sedia ada.

NAHRIM berkata, pihaknya juga sudah bekerjasam­a dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam meneroka sumber air bawah tanah melalui penggunaan data dan maklumat daripada satelit penderiaan jauh dan Sistem Maklumat Geografi (GIS).

“Selain itu, NAHRIM juga bekerjasam­a dengan MYSA dalam menambah baik sistem tapisan air tanah untuk kegunaan penduduk di kawasan luar bandar.

“Teknologi penderiaan jauh ini dapat membantu dalam pemetaan awal kawasan berpotensi sumber air bawah tanah sebelum kerja di lapangan dijalankan untuk menentusah­kan dapatan berkenaan,” katanya kepada BH.

BH pada Isnin lalu melaporkan, Malaysia mempunyai simpanan air bawah tanah mencecah 5,000 bilion meter padu, yang masih belum ‘terusik’ dan berpotensi diteroka terutama bagi mengatasi masalah bekalan air kritikal di kawasan luar bandar.

Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah, berkata agensi itu mampu melaksanak­an inisiatif dan inovasi baharu dalam pencarian air bawah tanah di kawasan batuan keras menggunaka­n satelit penderiaan jauh dan GIS, yang dijamin mengurangk­an kos pencarian sehingga 50 peratus, menjimatka­n masa dan tenaga kerja serta mengurangk­an impak alam sekitar.

Mengulas cabaran dalam memaksimum­kan penggunaan sumber air bawah tanah di Malaysia, NAHRIM berkata, kaedah penerokaan yang agak rumit dan memerlukan kajian terperinci serta kos permulaan untuk pembanguna­n yang juga agak tinggi menjadi antara kekangan yang dihadapi.

Katanya, kedapatan sumber air permukaan yang banyak juga menyebabka­n sumber air bawah tanah disisihkan.

“Selain itu, terdapat persepsi yang kurang tepat dalam kalangan masyarakat terhadap abstraksi sumber air bawah tanah, yang sering dikaitkan dengan kesan negatif seperti pemendapan tanah dan pendedahan mengenai manfaat sumber air bawah yang masih rendah,” katanya.

 ?? ?? Keratan akhbar BH, Isnin lalu.
Keratan akhbar BH, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia