Berita Harian

Dasar Pandang Ke Timur platform sesuai pulih negara

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Dr Mahathir turut saran Malaysia lihat sistem pendidikan Jepun

Kuala Lumpur: Dasar Pandang Ke Timur adalah platform sesuai bagi Malaysia untuk mencorak kemungkina­n dan peluang baharu selepas negara mengharung­i pelbagai kesukaran akibat pandemik COVID-19.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkena­lkan dasar itu pada 1982 berkata, pandemik selama lebih dua tahun itu membawa kerosakan kepada kehidupan dan mata pencarian penduduk seluruh dunia dan kini, adalah masa untuk melihat serta merencana masa depan.

“Pandemik global ini menghalang kemajuan dan pembanguna­n bertahun-tahun dan Dasar Pandang Ke Timur adalah platform yang sesuai dalam menangani kesukaran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama pada webinar Ulang Tahun Ke-40 Dasar Pandang Ke Timur anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa (ISIS) Malaysia yang turut dihadiri Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko.

Pada masa sama, Dr Mahathir turut berharap satu pendekatan komprehens­if diambil terhadap sistem pendidikan negara di bawah Dasar Pandang ke Timur, selain hubungan antara Jepun dan Malaysia secara keseluruha­n.

“Kita harus melihat sistem pendidikan Jepun bermula pada peringkat prasekolah hingga ke universiti,” katanya.

Mengimbau ketika Dasar Pandang Ke Timur diperkenal­kan beliau, Dr Mahathir berkata, ia adalah satu perjalanan panjang dengan pelbagai dugaan dan cabaran, selain pandangan daripada penyokong dan pengkritik.

Apabila menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018, Dr Mahathir berkata, beliau dan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, bersetuju supaya Rangka Kerja Dasar Pandang Ke Timur 2.0 diperlukan bagi memperluas dan mendalami skop serta bidang kerjasama untuk menggabung­kan trend baharu dalam kerjasama dua hala supaya kekal relevan.

“Dasar ini terbukti berjaya dan perlu terus menjadi salah satu asas dalam strategi serta program pembanguna­n kita.

“Hari ini, ada hampir 1,500 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia, yang memberi pekerjaan kepada lebih 400,000 rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Katsuhiko mencadangk­an Malaysia memberi lebih tumpuan kepada pemulihan daripada COVID-19 dan Jepun boleh bekerjasam­a dalam bidang teknologi baharu seperti digital dan hijau, yang diperlukan untuk menangani cabaran global seperti alam sekitar dan perubahan iklim serta membawa peluang perniagaan yang lebih besar.

“Kita juga perlu berbincang secara mendalam mengenai bidang kerjasama yang paling berpotensi antara kedua-dua negara dan saya cadangkan fokus diberi kepada cabaran bersama yang kini dilalui Malaysia, yang mana Jepun mempunyai beberapa kelebihan seperti penguranga­n risiko bencana, pengurusan sumber air dan penuaan masyarakat.

“Saya juga percaya Jepun dan Malaysia boleh menjadi rakan kongsi dalam menangani isu keamanan dan keselamata­n seperti Ukraine, Afghanista­n, Myanmar, Korea Utara dan proses damai Asia Barat,” katanya.

 ?? (Foto FB Tun Mahathir) ?? Dr Mahathir pada webinar Ulang Tahun Ke-40 Dasar Pandang Ke Timur anjuran ISIS Malaysia.
(Foto FB Tun Mahathir) Dr Mahathir pada webinar Ulang Tahun Ke-40 Dasar Pandang Ke Timur anjuran ISIS Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia