Berita Harian

‘Ada garis panduan jangan kait Najib dengan Jho Low’

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Saksi diminta ikut arahan ketika beri keterangan di hadapan PAC ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh memaklumka­n Mahkamah Tinggi semalam bahawa beliau menerima ‘garis panduan’ supaya tidak mengaitkan nama Datuk Seri Najib Razak dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ketika memberikan keterangan di hadapan Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1MDB.

Mohd Bakke berkata, garis panduan itu disampaika­n kepadanya oleh bekas Pengerusi

PAC, Datuk Hasan Arifin dan bekas Pengarah Urusan TV3, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, melalui dua mesyuarat di rumah Ahmad Farid di Kiara Hill dua minggu sebelum pendengara­n PAC.

Saksi ke-12 pendakwaan berkata, sebelum itu beliau menerima panggilan telefon daripada Najib dua minggu sebelum pendengara­n itu yang memintanya untuk berjumpa dengan Hasan dan Ahmad Farid, bagi memastikan beliau mengetahui apa yang hendak diberitahu pada pendengara­n itu nanti dan supaya keterangan tidak bercanggah antara satu sama lain.

Menurut Mohd Bakke, mesyuarat pertama turut dihadiri bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan mesyuarat kedua dihadiri Arul Kanda Kandasamy.

“Mesyuarat itu adalah untuk mengemukak­an garis panduan tertentu sebelum menjawab kepada PAC, terutama bahawa

Jho Low adalah ‘taboo’ (pantang larang) dan jangan kaitkan ahli perniagaan itu dengan Najib.

“Begitu juga saya mesti mewujudkan perkara yang baik mengenai Najib dan 1MDB dalam pendengara­n itu nanti,” katanya.

Mohd Bakke berkata, disebabkan perkara itu, beliau tidak memaklumka­n kepada PAC pada pendengara­n itu mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Najib mengenai kebimbanga­nnya berhubung ketidakpat­uhan pengurusan 1MDB kepada arahan Lembaga Pengarah (BOD) berkaitan usaha sama 1MDB dan Petrosaudi Ltd.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi soal balas dalam perbicaraa­n terhadap Najib yang menghadapi empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk mendapatka­n rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21

Kes 1MDB

Kes beri projek bekal alat sukan

Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah yang sama.

Dalam perbicaraa­n sebelum ini, Mohd Bakke memberitah­u mahkamah, beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah IMDB selepas berasakan Najib terbabit salah laku kewangan dan sesuatu tidak kena sedang berlaku di luar pengetahua­nnya.

Mohd Bakke berkata, ia disebabkan SMS dihantar kepada bekas Perdana Menteri yang menyatakan mengenai kebimbanga­n berhubung hal ehwal syarikat pelaburan strategik negara itu, tidak mendapat maklum balas daripada Najib.

Mohd Bakke berkata, dalam SMS berkenaan, beliau memberitah­u Najib bahawa terdapat beberapa perkara diarahkan Ahli Lembaga Pengarah kepada pihak pengurusan syarikat, bagaimanap­un arahan berkenaan tidak dipatuhi dan Najib tidak membalas SMS berkenaan.

Apabila disoal mengapa perkara berkenaan tidak diberitahu kepada PAC sedangkan ia bukan perkara sensitif, Mohd Bakke berkata, beliau tidak ingat sama ada memaklumka­n kepada PAC atau tidak.

Ditanya mengapa beliau tidak terus bersemuka dengan Najib untuk bertanyaka­n perkara itu, Mohd Bakke berkata, beliau ada terfikir mengenainy­a, bagaimanap­un berasa tidak selesa kerana mengesyaki bekas Perdana Menteri itu mendapat faedah peribadi daripada pelaburan usaha sama berkenaan.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ??
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh)
 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia