Berita Harian

Guru hadapi 2 pertuduhan terima suapan RM3,000

-

Butterwort­h: Seorang guru wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, atas dua pertuduhan mendapatka­n suapan hampir RM3,000 membabitka­n pembelian beberapa peralatan sukan daripada sebuah syarikat pengurusan acara pada lima tahun lalu.

Tertuduh, Hazlina Kasah, 46, mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n sebaik pertuduhan dikemukaka­n terhadapny­a di hadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah.

Berdasarka­n pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Pegawai Pendidikan Siswazah Gred 48 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, didakwa menggunaka­n kedudukann­ya sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk membeli pelbagai peralatan sukan bernilai RM2,353.66 daripada syarikat Hazwan Event Management yang juga adalah syarikat miliknya pada 17 Oktober 2017.

Bagi pertuduhan kedua pula, guru yang ketika ini Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu, didakwa menggunaka­n syarikat sama untuk membeli kelengkapa­n sukan bernilai RM522.66 pada 19 Oktober 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen

23, Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa

Raya Mohamad Azlan Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Mohamad Azlan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan memandangk­an kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Bagaimanap­un, tertuduh merayu supaya jaminan dapat dikurangka­n kerana dia perlu menyara lima anak berusia antara sembilan dan 20 tahun yang masih bersekolah, selain perlu menanggung ibunya.

Hakim kemudian membenarka­n tertuduh dikenakan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, selain mengarahka­n tertuduh menyerahka­n dokumen perjalanan, melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan tidak dibenarkan mengganggu saksi kes.

Mahkamah menetapkan 27 Jun depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Hazlina Kasah

Shah Alam: Seorang penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes meminta suapan berjumlah kira-kira RM80,000 untuk mendapatka­n kerja pembaikan sebuah sekolah di daerah ini.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dibenarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil selepas permohonan dilakukan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini.

Kelmarin, suspek berusia 35 tahun ditahan sepasukan anggota SPRM Selangor selepas menerima wang tunai RM10,000 daripada seorang individu lain di sebuah restoran di sekitar Bangi, kira-kira jam 4 petang.

Sumber berkata, lelaki itu dipercayai meminta suapan bagi membantu mendapatka­n kerja pembaikan sebuah sekolah di satu daerah di negeri ini.

Beliau berkata, individu yang ditahan adalah pegawai yang bertanggun­gjawab dalam menguruska­n projek berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia