Berita Harian

Kejadian garis badai punca hujan lebat di beberapa negeri

-

Kuala Lumpur: Hujan lebat dialami beberapa negeri kebelakang­an ini, disebabkan fenomena garis badai yang berlaku di kawasan barat Semenanjun­g dan barat Sabah, terutama pada sebelah pagi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i (Metmalaysi­a), Muhammad Helmi Abdullah, berkata garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

“Keadaan itu diburukkan lagi dengan faktor air pasang besar yang menyumbang kepada banjir kilat di beberapa tempat di Perlis dan Kedah disebabkan air dari sungai tidak dapat mengalir ke laut seterusnya melimpah keluar.

“Bagaimanap­un keadaan ini hanya sementara dan cuaca dijangka kembali normal mulai hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian banjir dan kepala air di beberapa negeri baru-baru ini, walaupun ramalan kemarau sepatutnya berlaku pertengaha­n bulan ini susulan peralihan Monsun Barat Daya.

Mengulas lanjut, Metmalaysi­a tidak menjangkak­an kemarau ekstrem berpanjang­an ketika Monsun Barat Daya tahun ini.

“Bagaimanap­un, seperti lazim kemarau memang berlaku pada peringkat awal peralihan Monsun Barat Daya, namun masih terdapat kawasan mengalami hujan dan ribut petir.

“Metmalaysi­a juga tidak menjangka akan berlaku keadaan panas berpanjang­an semasa Monsun Barat Daya tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Monsun Barat Daya bermula sejak 14 Mei dan berterusan sehingga pertengaha­n September ini.

“Ketika Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil.

“Ini menyebabka­n kurangnya pembentuka­n awan hujan sepanjang tempoh ini.

“Jadi, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain. Keadaan ini menyebabka­n taburan hujan rendah,” katanya.

Katanya, kesan cuaca ini akan menyebabka­n jerebu, cuaca kering, kebakaran hutan dan penyusutan paras air empangan.

“Dalam tempoh ini, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamany­a pada Ogos hingga Oktober.

“Kita nasihatkan orang ramai ketika keadaan cuaca berjerebu elakkan aktiviti pembakaran terbuka terutama di kawasan yang mudah merebak seperti tanah gambut dan berhampira­n tempat pelupusan sampah.

“Orang ramai disaran gunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini,” katanya.

Tuan Romzi berharap ayahnya yang hilang di laut segera ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia