Berita Harian

Siang malam anak redah laut cari ayah

- Oleh Zaid Salim

Mangsa jatuh dari bot ketika pulang candat sotong bhnews@bh.com.my

Kuala Terengganu: Tuan Romzi Tuan Razali, 51, tidak putus asa dan nekad meredah lautan siang dan malam untuk mencari bapa, Tuan Razali Wok, 74, yang hilang selepas terjatuh daripada bot ketika pulang mencandat sotong bersama dua rakan pada pagi Isnin lalu.

Kehilangan bapa kepada sembilan anak itu disedari dua rakannya sebaik bot menghampir­i Jeti Pelabuhan Chendering, jam 5.30 pagi dan kali terakhir rakan mendakwa melihat mangsa di atas bot pada jarak empat kilometer dari jeti berkenaan.

“Walaupun bersendiri­an saya tetap turun ke laut mencari ayah tanpa mengira siang dan malam.

“Saya satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sudah menjadi tanggungja­wab saya dan tidak akan jemu mencari ayah selagi dia tidak ditemui,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tuan Romzi berkata, sebagai anak dia harus menguatkan semangat walaupun pada masa sama diselubung­i kesedihan berikutan kehilangan orang tersayang.

“Apa yang berlaku ini adalah ujian Allah kepada kami. Jika dinilai, pengorbana­n saya masih tidak cukup untuk membalas jasa besar ayah yang sudah berpuluh tahun meredah lautan membesarka­n kami adikberadi­k,” katanya.

Dia yang berada di laut ketika dihubungi melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk dan rakan nelayan yang tidak jemu turun ke laut membantu mencari bapanya.

Katanya, keluarga turut berusaha

Tuan Razali Wok termasuk melakukan solat hajat, bacaan Yasin dan doa yang tidak putus-putus memohon bapa segera ditemui.

Tuan Romzi turut berterima kasih kepada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan yang melakukan pencarian sejak Isnin lalu.

Sementara itu, anak bongsu mangsa, Tuan Nurul Hidayah, 37, berkata dia menghargai pengorbana­n abangnya yang tidak mengenal erti penat lelah mencari bapa di laut.

“Saya tahu dia letih. Siang malam dia turun ke laut mencari ayah. Kami hargai pengorbana­n abang dan kami adik beradik sentiasa mendoakan keselamata­n abang sepanjang dia berada di laut mencari ayah,” katanya.

Tuan Nurul Hidayah yang berkampung bersama keluarga di jeti berkenaan berharap bapanya segera ditemui.

“Apa keadaan sekalipun kami mahu melihat ayah dan berharap ayah ditemui segera” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i

 ?? (Foto ihsan Tuan Romzi) ??
(Foto ihsan Tuan Romzi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia