Berita Harian

12 pusat jagaan kanak-kanak di Melaka ditutup

- Oleh Amir Mamat bhnews@bh.com.my

Kes HFMD

1,378 kes direkod sehingga 14 Mei lalu meningkat 24.6 kali ganda

Melaka: Sebanyak 12 pusat jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas Melaka mencatatka­n 1,378 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga 14 Mei lalu.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata peningkata­n semula bilangan kes HFMD yang dilaporkan adalah selepas cuti Aidilfitri yang berlaku atas faktor pergerakan dan TASKA, TADIKA serta pusat penjagaan beroperasi semula.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukka­n peningkata­n 24.6 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu yang hanya merekodkan 56 kes.

Katanya, jangkitan tertinggi membabitka­n kanak-kanak berusia bawah 6 tahun yang menyumbang 95.5 peratus daripada keseluruha­n kes.

Sebanyak 16 kluster direkodkan dengan daerah Jasin merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu sebanyak 11 kluster, diikuti Melaka Tengah (empat kluster) dan Alor Gajah (satu kluster).

“Secara keseluruha­n, Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) dan pusat jagaan adalah premis tertinggi berlaku wabak HFMD dengan merekodkan 12 kluster,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Muhamad Akmal berkata, walaupun berlaku peningkata­n mendadak kes jangkitan HFMD, namun ia masih terkawal dengan hanya 67 kes dimasukkan ke hospital setakat 12 Mei lalu.

Katanya, majoriti kes iaitu 91.4 peratus yang dimasukkan ke hospital juga dirawat sebagai pesakit luar dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Bagi mengawal jangkitan daripada terus meningkat, Jabatan Kesihatan negeri mengambil langkah proaktif untuk memeriksa persekitar­an premis berisiko seperti TASKA, TADIKA dan pusat jagaan, selain memberi khidmat nasihat mengenai premis.

“Selain itu, sesi ‘townhall’ bersama semua pengusaha dan guru TASKA, TADIKA, pusat jagaan swasta dan kerajaan juga diadakan.

“Jabatan Kesihatan Melaka juga akan mengemas kini maklumat berkaitan HFMD di media sosial dan jika berlaku wabak, arahan penutupan premis akan dikeluarka­n sekiranya berlaku wabak HFMD di premis terbabit,” katanya. aspek kebersihan

 ?? (Foto hiasan) ?? Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) dan pusat jagaan adalah premis tertinggi berlaku wabak HFMD.
(Foto hiasan) Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) dan pusat jagaan adalah premis tertinggi berlaku wabak HFMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia