Berita Harian

Binaan teres ambil kira fenomena air pasang surut

-

Georgetown: Tiada isu kecacatan atau kesilapan reka bentuk berhubung pembinaan persiaran teres bawah Tembok Laut Padang Kota Lama di sini sehingga menyebabka­n ia terpaksa ditutup kepada orang awam ketika fenomena air laut pasang pada Isnin lalu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ar Yew Tung Seang, ketika mempertaha­nkan situasi itu, berkata bahagian itu sudah dijangka dipenuhi air berikutan air laut pasang yang diramal berlaku antara dua hingga tiga jam dalam tempoh kumulatif 30 hingga 45 hari setahun.

“Tiada yang salah dengan reka bentuk berkenaan dengan kerja pembinaan mengambil kira pelbagai faktor antaranya cuaca dan fenomena air pasang surut selain sistem saliran turut diuji dan dinilai agar ia dapat bertahan dalam semua keadaan cuaca termasuk ribut serta air pasang luar biasa.

“Selain itu, laluan tangga menuju bahagian struktur batu lapis diperlukan sebagai akses untuk kerja pembersiha­n berikutan air pasang akan membawa sampah sarap ke pinggir pantai yang akan mencemarka­n pemandanga­n di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Projek pengukuhan dan penambahba­ikan tembok laut Padang Kota Lama membabitka­n kos RM12.9 juta dan baru dirasmikan Jumaat lalu itu mendapat kritikan ramai terutamany­a di media sosial yang menyifatka­n ia bermasalah selepas laluan bawah pejalan kaki di tembok berkenaan ditenggela­mi air laut pasang.

Semalam, Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir), Datuk Dr Muhamad Farid Saad turut meminta kerajaan negeri melaksanak­an ‘audit forensik’ bagi mengenal pasti punca berlakunya situasi berkenaan.

Tung Seang berkata, struktur teres bawah berkenaan telah direka secara khusus di bahagian air pasang surut supaya pengunjung dapat mendekati dan melihat sebahagian tinggalan tembok laut lama yang menjadi sebahagian daripada sejarah Pulau

Pinang dalam keadaan cuaca biasa.

“MBPP ingin menegaskan bahawa projek ini turut mengambil kira elemen konservasi warisan yang amat penting bagi Georgetown yang menjadi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

“Kawasan berkenaan mengandung­i beberapa struktur tertua yang dibina pada 1807 dan kami ingin menunjukka­n betapa sensitifny­a kami dalam usaha mengekalka­n ciri-ciri autentik tembok laut Padang Kota Lama,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kesal pagar dari kedua-dua arah laluan sepanjang 570 meter berkenaan telah dirosakkan individu tidak bertanggun­gjawab sehari selepas projek itu dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Katanya, rondaan dan kawalan akan dilakukan dari semasa ke semasa selain pihaknya akan melakukan pemantauan menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk memastikan keselamata­n orang ramai di lokasi tumpuan pelancong berkenaan.

“Sebagai langkah proaktif dalam menjaga keselamata­n pengunjung, papan tanda dwibahasa sudah dipasang di pintu akses teres bawah bagi menyatakan waktu operasi iaitu dari jam 7 pagi hingga 9 malam termasuk amaran larangan masuk semasa air pasang, hujan dan ombak kuat.

“Semua lokasi tepi laut tidak terlepas daripada mengalami keadaan cuaca melampau dan MBPP menyaranka­n orang awam menjaga keselamata­n diri termasuk kanak-kanak ketika berkunjung ke kawasan persisiran pantai,” katanya.

 ?? (Foto Mikail ONG/BH) ?? Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membersihk­an kawasan takungan air akibat air pasang besar di persiaran teres bawah (Lower Terrace) Tembok Laut yang dicemari sampah sarap di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Padang Kota Lama, Georgetown, semalam.
(Foto Mikail ONG/BH) Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membersihk­an kawasan takungan air akibat air pasang besar di persiaran teres bawah (Lower Terrace) Tembok Laut yang dicemari sampah sarap di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Padang Kota Lama, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia