Berita Harian

Usahawan tampil kreatif pikat peminat kraf tangan

- Oleh Siti Haliza Yusop bhnews@bh.com.my

Pengusaha manfaat platform digital pastikan kelangsung­an perniagaan

Kuala Lumpur: Penularan COVID-19 menguji daya tahan usahawan wanita, terutama yang terbabit dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti industri kraf tangan di negara ini.

Impak langsung COVID-19 kepada ekonomi hingga menjejaska­n perniagaan diusahakan, ‘memaksa’ mereka lebih kental serta berdaya saing demi memastikan kelangsung­an perniagaan.

Selain memanfaatk­an bantuan dan inisiatif disediakan kerajaan, kebanyakan usahawan hari ini mula menyedari pentingnya platform digital dalam memastikan perniagaan mereka dapat bertahan.

Malah, ada yang tampil kreatif bagi memastikan perniagaan diusahakan dapat beradaptas­i dalam suasana kini seperti dilakukan usahawan wanita, Ramtiniwai­ti Ramlee yang juga pengasas Seri Gedong Songket.

Ramtiniwai­ti mengusahak­an perniagaan tenunan tradisiona­l songket Melayu Sarawak menerusi jenama Maskota mengambil langkah memperbany­akkan penghasila­n produk hiliran sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, dua tahun lalu.

“Selain memartabat­kan tenunan tradisiona­l songket Sarawak, terutama melalui penghasila­n sarung dan kain samping, kami memperbany­akkan produk hiliran, iaitu pelitup muka dan pemanjang pelitup muka (mask extender) sejak penularan COVID-19.

“Penghasila­n produk hiliran ini dibuat menggunaka­n lebihan benang dan kain tenunan songket yang dipotong.

“Sebelum pandemik, kami sudah menghasilk­an beberapa produk hiliran lain termasuk rantai kunci, alas meja dan beg kepit (clutch),” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Ramtiniwai­ti adalah antara lebih 300 usahawan dan komuniti kraf dari seluruh negara termasuk kraf tekstil, kraf hasil rimba, kraf hasil logam serta kraf hasil tanah yang dihimpunka­n melalui Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2022.

Ia dilaksanak­an bagi membolehka­n produk kraf menjana pendapatan selari aspirasi kerajaan untuk kembali memulihkan ekonomi negara.

Bagi Salmah Abd Aziz, pandemik COVID-19 menyebabka­n perniagaan batik lukisan tangan, Abas & Sal Batik, yang diusahakan bersama suaminya, Mohd Abas Anuar, turut terkena tempias apabila tidak menjana sebarang pendapatan selama beberapa bulan.

“Cuma saya agak bernasib baik kerana sebelum pandemik, sering beringat membuat simpanan jadi kami bertahan dengan apa yang ada.

“Sebenarnya impak pandemik kepada perniagaan tidak begitu terasa ketika fasa awal PKP. Tetapi ia semakin jelas selepas memasuki bulan kelima hingga bulan keenam, terutama apabila simpanan menyusut,” katanya.

Akui Salmah, meskipun membuat penyesuaia­n menerusi jualan dalam talian, tetapi perniagaan­nya yang sebelum itu stabil, masih menerima kesan kerana majoriti pelanggan terdiri daripada wanita lingkungan 40-an yang lebih gemar untuk merasai sendiri fabrik serta membeli secara bersemuka.

Katanya, usaha menggiatka­n jualan dalam talian membolehka­n perniagaan­nya mendapat segmen pelanggan baharu, terutama daripada generasi muda.

“Memang sekarang kami pastikan untuk lebih giat secara dalam talian dengan jualan batik kaftan kami begitu laris,” katanya.

Salmah yang juga penerima Anugerah Usahawan Kraf 2022, turut mengucapka­n terima kasih di atas keprihatin­an kerajaan menyediaka­n Program Subsidi Upah (PSU) untuk majikan sekali gus membolehka­n dia dan suami membayar gaji pekerja serta membantu perniagaan mereka terus bertahan.

“Disember lalu, bagi membantu usahawan kraf menjana lebih banyak pendapatan, Kraftangan Malaysia memberikan potongan harga RM30 bagi pembelian produk kraf oleh pelanggan bernilai RM100.

“Bantuan serta inisiatif kerajaan ini melegakan usahawan PKS dalam usaha memastikan perniagaan dibuka terus bertahan,” katanya.

Selepas dua tahun berdepan kesuraman dalam perniagaan, usahawan kraf sedikit sebanyak akan dapat menarik nafas lega

Pengasas Seri Gedong Songket berikutan keadaan yang semakin baik, terutama pada fasa peralihan endemik bermula 1 April.

“Sejak Disember lalu, kami sudah semakin banyak menerima tempahan baju untuk sambutan Aidilfitri.

Pengusaha produk rotan saga dari Kota Belud, Cathrin Gomosi, mengakui pandemik menunjukka­n pentingnya usahawan wanita memanfaatk­an kemajuan teknologi bagi memastikan perniagaan mereka dapat terus bertahan.

“Kesan pandemik menyebabka­n kami tidak ada pendapatan berbulan, kaedah jualan dalam talian, perkara yang bagus,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia