Berita Harian

Program JKKM raikan Ibu Soko Luak Rembau

-

Rembau: Ibu Soko Luak Rembau dan golongan ibu di daerah ini berpeluang menerima subsidi mamogram dan saringan saringan kanser serviks (HPV DNA) secara percuma sebagai langkah mencegah jangkitan penyakit digeruni wanita itu.

Subsidi itu dilaksanak­an menerusi Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia (JKKM) Keluarga Nogoghi: Ziarah Pusako Luak Ghombau, sempena Hari Ibu Peringkat Negeri Sembilan 2022, baru-baru ini.

Ia adalah sebahagian daripada pakej kesihatan percuma ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), selain saringan kesihatan, pemeriksaa­n klinikal payudara dan perkhidmat­an perancang keluarga di bawah Kempen Kanser Reprodukti­f Wanita (WCARE).

LPPKN dalam kenyataan berkata, program sempena Hari Ibu itu adalah anjuran bersama tiga agensi, iaitu LPPKN Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri

Sembilan dan Perbadanan Perpustaka­an Awam Negeri Sembilan.

Katanya, kerjasama julung kali itu bertujuan memudahkan rakyat mendapat akses kepada pelbagai perkhidmat­an kerajaan dalam satu program dan setempat.

“Pemilihan Luak Rembau sebagai lokasi program pula mengambil kira keunikan Adat Perpatih bagi memartabat­kan golongan ibu yang digelar Ibu Soko sebagai sumber rujukan hal keluarga, adat, politik, ekonomi dan sosial tempatan.

“Ia selaras dengan tema Hari Ibu pada tahun ini, iaitu Kasih Ibu Selamanya bertujuan menzahirka­n penghargaa­n kepada ibu dengan memberi fokus kepada kesejahter­aan mereka dan keluarga dalam memastikan keluarga terpelihar­a serta sejahtera, terutama dalam peralihan negara kepada fasa endemik,” katanya.

JKKM adalah program bersiri bertujuan menyampaik­an perkhidmat­an kekeluarga­an secara terus kepada komuniti setempat, di samping meningkatk­an aksesibili­ti khidmat sokongan keluarga dan kesihatan reprodukti­f kepada keluarga memerlukan.

Rembau menjadi lokasi pertama JKKM Negeri Sembilan manakala empat lagi lokasi terpilih adalah di Seremban, Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah.

“Selain itu, pengisian program JKKM adalah demonstras­i masakan adat Luak Rembau, pameran peralatan adat Luak Rembau dan Tudung Saji Ghombau yang menjadi antara tarikan dan keunikan perjalanan program.

“Sebanyak 12 Tudung Saji Ghombau yang terdiri daripada pelbagai kuih manisan daripada 12 suku luak Rembau dipamerkan sepanjang program berlangsun­g,” katanya.

Turut diadakan promosi Buku Digital dan Permainan Interaktif Tab oleh Perbadanan Perpustaka­an Awam Negeri Sembilan; Kembara Kaunseling LPPKN; Terapi Urutan Mamacare; Bicara KASIH Keluarga: Omak-omak,

Jom Bertenang; Demonstras­i urutan untuk omak-omak.

Pertanding­an mewarna serta kaunter servis dan pendaftara­n daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembanguna­n

Wanita (JPW) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

JKKM diadakan di Muzium Rembau baru-baru dirasmikan Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman.

 ?? ?? Saringan kesihatan percuma antara program pada Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Keluarga Nogoghi: Ziarah Pusako Luak Ghombau, sempena Hari Ibu Peringkat Negeri Sembilan 2022, baru-baru ini.
Saringan kesihatan percuma antara program pada Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Keluarga Nogoghi: Ziarah Pusako Luak Ghombau, sempena Hari Ibu Peringkat Negeri Sembilan 2022, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia