Berita Harian

Guna Mysejahter­a agih subsidi bersasar

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kerajaan perlu cari kaedah sesuai mudahkan salur bantuan untuk B40, golongan rentan mahanum_aziz@bh.com.my

Kerajaan boleh mempertimb­angkan penggunaan aplikasi Mysejahter­a atau membangunk­an aplikasi baharu yang setanding selain memanfaatk­an pangkalan data daripada Mykad bagi tujuan pemberian subsidi lebih bersasar, termasuk subsidi bahan api.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengalaman berdepan pandemik COVID-19 selama dua tahun banyak mengajar mengenai penggunaan teknologi dan manfaatnya dalam membantu menguruska­n isu berkenaan.

Justeru, beliau percaya pangkalan data yang meluas serta rakyat Malaysia yang sudah biasa dengan penggunaan teknologi, maka kerajaan boleh melihat potensi penggunaan Mysejahter­a bagi mengagihka­n subsidi secara lebih bersasar.

“Kerajaan perlu memikirkan kaedah atau mekanisme yang sesuai dan tidak menimbulka­n kekeliruan atau paling teruk menyebabka­n situasi inflasi semakin tidak terkawal.

“Kaedah menggunaka­n Mykad pernah dibincangk­an supaya ia boleh membantu dalam pemberian subsidi secara lebih bersasar. Namun, pengalaman pandemik banyak mengajar kita mengenai penggunaan teknologi yang banyak membantu dalam menguruska­n isu COVID-19.

“Saya percaya pangkalan data yang meluas serta rakyat Malaysia juga sudah biasa dengan penggunaan berkenaan, maka pihak kerajaan boleh melihat potensi penggunaan aplikasi Mysejahter­a bagi tujuan pemberian subsidi yang lebih bersasar,” katanya kepada BH.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, kementeria­nnya sedang mencari jalan untuk melaksanak­an subsidi bersasar.

Beliau berkata, kementeria­n sudah membuat sesi libat urus dengan pihak berkepenti­ngan dan akan membawa kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Katanya, pemberian subsidi pada masa ini adalah menyeluruh dan memberi manfaat semua orang termasuk golongan kaya, contohnya, sebahagian besar daripada subsidi petrol berjumlah RM4 bilion setakat Mac 2022 sebenarnya dinikmati oleh golongan T20.

“Setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen pergi ke golongan T20 manakala hanya 15 sen dimanfaatk­an oleh golongan B40,” kata Tengku Zafrul.

Penganalis­is Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pula mencadangk­an penggunaan teknologi dengan menaik taraf cip Mykad untuk memudahkan agihan subsidi bersasar kepada kumpulan sasaran iaitu golongan B40 dan golongan rentan.

Beliau berkata, pangkalan data membabitka­n golongan sasaran itu sudah ada menerusi maklumat penerima di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

“Maklumat penerima layak sudah ada. Cara untuk menyalurka­nnya

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd (subsidi bersasar) adalah memanfaatk­an penggunaan kad pengenalan, yang dihubungka­n dengan Touch n Go. Jadi, golongan yang layak boleh guna kad pengenalan untuk beli minyak di premis perniagaan berkenaan,” katanya.

Mengenai langkah mengekang salah laku atau penyelewen­gan subsidi bersasar, Ahmed Razman berkata, penetapan had maksimum dari segi jumlah secara bulanan boleh mengurangk­an penyelewen­gan manfaat subsidi itu.

Ahli Ekonomi, Profesor Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid pula berpandang­an, secara teori, pelaksanaa­n subsidi bersasar adalah satu kaedah yang baik, tetapi pelaksanaa­nnya sangat rumit.

Justeru, katanya, adalah penting untuk mengenal pasti produk dan penerima manfaat bagi subsidi bersasar.

“Kad subsidi adalah kaedah umum yang disokong oleh penggunaan teknologi. Soal lebih besar ialah mengimbang­i antara rasionalis­asi subsidi untuk memperbaik­i daya saing ekonomi negara dengan kesannya kepada kesejahter­aan yang akan terjejas,” katanya.

Beliau berkata, rasionalis­asi ke atas subsidi dan ke atas bantuan sosial yang bukan subsidi, mempunyai kesan yang berbeza secara langsung dan secara tidak langsung ke atas daya saing ekonomi.

“Maka, ia perlu diteliti secara tuntas. Proses ini agak rumit kerana inilah natijah yang terpaksa kita hadapi kerana mencampuri urusan pasaran yang sangat tidak digalakkan dalam pasaran bebas,” katanya.

Profesor Ekonomi Sunway University, Dr Yeah Kim Leng pula mencadangk­an subsidi bersasar dimasukkan ke dalam pemindahan tunai seperti Bantuan Sara Hidup/bantuan Prihatin untuk kumpulan B40 supaya mereka yang menggunaka­n pengangkut­an awam turut mendapat manfaat daripada subsidi berkenaan.

Beliau berkata, baucar petrol atau sistem kad boleh direka bentuk, tetapi ia mungkin lebih mahal untuk dilaksanak­an.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia