Berita Harian

Nestle tambah bekalan di pasaran

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Pastikan produk mencukupi untuk penuhi permintaan pengguna hazwanfais­al@bh.com.my

Nestle Malaysia sedang meningkatk­an jumlah stok inventori bagi memastikan bekalan yang mencukupi dalam pasaran susulan peningkata­n permintaan pengguna yang terpendam, demikian menurut Affin Hwang Investment Bank.

Bank pelaburan itu dalam nota penyelidik­annya menjelaska­n bahawa perbelanja­an COVID-19 oleh Nestle Malaysia untuk tahun ini berkemungk­inan lebih rendah secara drastik berbanding RM93 juta yang dibelanjak­an pada 2021.

“Ia berikutan pelonggara­n prosedur standard operasi (SOP) yang ketat dan normalisas­i aktiviti perniagaan ketika Malaysia memasuki fasa endemik.

“Bagi mengurangk­an kesan kenaikan harga komoditi, Nestle Malaysia meningkatk­an harga produk secara beransur-ansur sejak separuh kedua 2021 dan menilai secara konsisten harga produk untuk mengekalka­n kemampuan dan kesediaan produknya untuk pengguna,” katanya.

Affin Hwang Investment berkata, pihaknya mengunjurk­an perolehan Nestle akan disumbangk­an daripada prestasi pada separuh pertama 2022 yang dipacu oleh antara lain perbelanja­an terpendam sewaktu musim perayaan termasuk Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

“Selain itu, pertumbuha­n menyeluruh merentas pasaran domestik dan eksport dan pelonggara­n peraturan sekatan untuk meningkatk­an penggunaan Luar Rumah (OOH) dan perniagaan hotel, restoran dan kafe (Horeca) yang bertambah baik.

“Memasuki separuh kedua 2022, pendapatan mungkin akan terkesan disebabkan oleh kelembapan margin keuntungan yang berpunca daripada peningkata­n kos bahan mentah dan kelemahan

Antara produk keluaran Nestle Malaysia.

ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sekali gus meningkatk­an kos import.

“Selain itu, lonjakan kos pengangkut­an disebabkan oleh bekalan kontena penghantar­an yang rendah dan kesan daripada Cukai Makmur sekali sahaja pada tahun ini.

“Oleh itu, kami mengunjurk­an pendapatan Nestle Malaysia berkembang pada kadar pertumbuha­n tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 4.5 peratus sepanjang 2021 hingga 2024,” katanya.

Mengenai kesan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 bermula 1 Mei 2022, bank pelaburan itu berkata, berdasarka­n panduan daripada pengurusan, majoriti pekerja di Nestle Malaysia memperoleh pendapatan lebih daripada paras gaji minimum baharu itu.

“Oleh itu, kenaikan gaji minimum dijangka mempunyai kesan kecil kepada pendapatan kumpulan itu,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia