Berita Harian

MGB catat untung bersih RM6.82 juta

-

MGB Bhd, anak syarikat LBS Bina Group Bhd yang terbabit dalam penyelesai­an pembinaan dan pembanguna­n hartanah, mencatatka­n keuntungan bersih RM6.82 juta bagi suku pertama berakhir 31 Disember 2022.

Pendapatan­nya bagi suku dikaji pula adalah RM178.59 juta, meningkat sebanyak 6.57 peratus daripada suku tahunan berbanding tahun sebelumnya.

MGB dalam kenyataann­ya berkata, sejajar dengan matlamat ke arah pemulihan ekonomi, segmen pembinaan dan perdaganga­n adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan syarikat.

“Jumlah pendapatan yang direkodkan meningkat sebanyak 11.8 peratus kepada RM174.01 juta berbanding suku pertama tahun kewangan 2021 dengan RM155.62 juta.

“Peningkata­n positif pada rekod pendapatan adalah sebahagian dari sumbangan projek seperti Residensi Bintang Bukit Jalil dan Mercu Jalil di Bukit Jalil serta Ritma Perdana dan Melodi Perdana di LBS Alam Perdana,” katanya.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Lim Hock San, berkata konflik Russia dan Ukraine memberikan permulaan yang tidak begitu baik kepada keputusan suku pertama.

Katanya, meskipun berlaku kenaikan harga bahan mentah dan kekurangan tenaga buruh, MGB terus kekal mencatatka­n keuntungan yang stabil.

“Kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam tempoh tidak menentu ini. Perancanga­n perniagaan yang disiplin serta kawalan kos adalah aspek utama yang diberi tumpuan semasa menjalanka­n perniagaan.

“Kami telah menerima tempahan sebanyak RM1.74 bilion dengan anggaran nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM2.15 bilion di bawah segmen pembanguna­n hartanah dan kami menjangkak­an MGB akan menjana pendapatan kira-kira RM4 bilion pada tahun akan datang.

“MGB turut menjangkak­an penambahan pada bilangan projek pembinaan dan mengambil peluang ini untuk menawarkan tender pembinaan kepada projek kerajaan sekiranya ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, berikutan daripada pelancaran Rumah Idaman BSP, MGB menerima tempahan yang luar biasa bagi 1,312 unit dan kini dalam proses pertukaran kepada jualan bagi pembeli yang layak dan menerima kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Kami turut menantikan lima baki pelancaran projek Rumah Selangorku Idaman MBI yang akan dilancarka­n tahun ini dan tahun 2023.

“Ini didorong dengan rekod jualan yang memberangs­angkan bagi pelancaran terbaharu Laman Bayu Fasa 3 dan 4 dengan sejumlah 47 unit (daripada 118 unit) bagi rumah teres dua tingkat, di mana nilai anggaran unit terjual yang direkodkan adalah berjumlah RM18.25 juta.

“Secara keseluruha­nnya, kami optimis bahawa MGB berada di dalam kedudukan yang stabil dan mampu memberikan pulangan yang positif pada tahun 2022,” katanya.

Ditubuhkan pada 2007, MGB telah berkembang menjadi syarikat pembinaan serta pemaju hartanah dengan tumpuan utama kepada pasaran pembinaan meluas dan ruang kediaman mampu milik bagi rakyat Malaysia.

Melalui anak-anak syarikatny­a,

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB MGB menyediaka­n kapasiti penuh reka bentuk, pembinaan serta perkhidmat­an pembanguna­n termasuk mereka bentuk, membina, pengurusan projek, kejurutera­an sivil,kejurutera­an nilai, kepakaran geoteknika­l serta pengeluara­n Sistem Konkrit Tetuang (IBS).

Dengan rekod 14 tahun dalam bidang pembinaan kediaman, komersial serta bangunan industri dan kerja- kerja infrastruk­tur, MGB berjaya menyiapkan lebih 16,000 unit hartanah, terutama di segmen kediaman mampu milik.

MGB juga telah menyiapkan 4,000 rumah menggunaka­n teknologi IBS.

Residensi Bintang Bukit Jalil dan Ritma Perdana antara projek MGB Bhd.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia