Berita Harian

Malaysia sedia penuhi permintaan kayu dari AS, UK

-

Malaysia sedia bekerjasam­a rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) bagi menangani isu kekurangan kayu dan produk berasaskan­nya di negara terbabit.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata ini menerusi usaha mencari dan menambah nilai kepada produk kayu dari negara ketiga, terutama untuk produk disahkan di bawah Program untuk Pengesahan Pensijilan Hutan (PEFC).

Beliau berkata, sekatan ke atas produk kayu Russia memaksa pengimport Amerika untuk mencari sumber alternatif, terutama bagi papan lapis.

“Sentimen semasa pasaran terhadap kayu Malaysia di AS adalah positif, terutama bagi meranti dan keruing yang menyaksika­n permintaan itu masing-masing meningkat sembilan peratus dan 467 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida berkata, industri perkayuan Malaysia juga terus mencatat prestasi baik biarpun menghadapi kesan ekonomi buruk akibat COVID-19 dengan eksportnya meningkat 3.1 peratus kepada RM22.7 bilion pada 2021 daripada RM22.02 bilion pada tahun sebelumnya.

“Bagaimanap­un, eksport produk kayu dari Malaysia kini agak perlahan kerana kekurangan balak dari hutan semula jadi dan menyebabka­n kilang papan sukar memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Pengekspor­t juga perlu berdepan

Sabari bertukar dokumen perjanjian dengan Pengarah Eksekutif Siab, Meryl Lim Mei Hwee sambil disaksikan Pengerusi FELCRA, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (lima dari kanan) pada majlis memeterai MOU pembanguna­n projek kediaman di atas tanah milik KPFB, semalam.

kekangan seperti kesesakan di pelabuhan akibat kekurangan kontena, ruang dalam kapal dan isu logistik lain.

“Namun, transshipm­ent (transit dagangan) telah dikenal pasti sebagai salah satu penyelesai­an untuk jangka masa sederhana,” katanya.

Beliau berkata, Persatuan Produk Kayu Antarabang­sa (IWPA) yang berpangkal­an di AS telah berkongsi hasrat untuk berbincang dengan ketua industri kayu-kayan Malaysia mengenai kaedah bagi menangani isu sektor itu.

“Oleh kerana ini akan membabitka­n langkah untuk melindungi Malaysia daripada menjadi sasaran persatuan kayu-kayan domestik dan pihak berkuasa AS atas isu pengelakan perdaganga­n, satu rangka kerjasama juga sedang dirangka oleh pegawai AS dan pihak berkuasa Malaysia seperti Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) dan Jabatan Kastam,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, Malaysia berhasrat mendapatka­n pendirian UK mengenai cadangan Jawatankua­sa Alam Sekitar, Kesihatan Awam dan Keselamata­n Makanan (ENVI) membabitka­n konsensus mengenai definisi penebangan hutan dan kemerosota­n hutan.

Malah, katanya, di sebalik gangguan pasaran yang ketara dalam pasaran produk kayu, jumlah import UK meningkat sebanyak 15 peratus pada 2021, kenaikan terbesar sejak 2008.

Zuraida Kamaruddin

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia