Berita Harian

Minat belian berterusan

-

Bursa tempatan akhiri sesi dagangan pagi bercampur-campur

Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi semalam bercampur-campur dengan minat belian berterusan dilihat pada kaunter wajaran tinggi dan diselang seli dengan penjualan dalam kalangan saham berharga murah.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.16 mata kepada 1,564.76 daripada 1,548.60 pada penutupan kelmarin.

Indeks penanda aras yang dibuka pagi semalam 5.55 mata lebih tinggi pada 1,554.15 - berlegar antara 1,547.47 dan 1,556.13 pada sepanjang sesi dagangan pagi.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruha­n menyaksika­n kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 435 berbalas 374, manakala 410 kaunter tidak berubah, 1,036 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencatatka­n sebanyak 2.36 bilion unit bernilai RM1.01 bilion.

Menurut Naib Presiden Penyelidik­an Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, sentimen keseluruha­n masih kekal berhatihat­i dan pelabur akan sentiasa berwaspada terhadap ketidakten­tuan pasaran dan luaran yang semakin meningkat.

“Untuk hari ini (semalam), kami berpendapa­t indeks berkemungk­inan berada dalam arah aliran antara 1,545-1,555.

“Sementara itu, minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) ditutup lebih tinggi pada AS$114 satu tong berbanding minyak mentah Brent pada AS$112 satu tong di tengah-tengah perdebatan yang berterusan sama ada untuk mengharamk­an import minyak Russia di Jerman,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.94, Public Bank naik empat sen kepada RM4.57, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM10.08, IHH Healthcare mengukuh 17 sen kepada RM6.60 dan CIMB naik satu sen kepada RM5.07.

Bagi saham aktif, Techna-x turun

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FBM KLCI meningkat 6.16 mata kepada 1,564.76 semalam.

2.5 sen kepada 5.5 sen, Serba Dinamik susut satu sen kepada 15.5 sen, Yong Tai jatuh 1.5 sen kepada 8.5 sen, manakala Sapura Energy dan Eduspec tidak berubah masing-masing pada 7.5 sen dan dua sen.

Kaunter paling untung pula, Nestle meningkat RM2 kepada RM134.80, PPB menokok 36 sen kepada RM16.90, Malaysia Airports peroleh 29 sen menjadi RM6.49, Hong Leong Bank mengukuh 28 sen kepada RM21.02 dan United Malacca meraih 23 sen kepada RM5.55.

Di papan indeks, FBM ACE menguncup 50.88 mata kepada 5,312.36, Indeks FBM Emas menambah 42.44 mata menjadi 11,102.85, Indeks FBMT 100 mengukuh 45.72 mata kepada 10,770.80, FBM Emas Syariah naik 33.91 mata kepada 11,583.18 dan FBM 70 lebih tinggi sebanyak 68.48 mata kepada 13,207.33.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan menokok 59.62 mata kepada 16,594.11, manakala Indeks Perladanga­n susut 17.99 mata kepada 8,242.20 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 0.56 mata kepada 199.86. BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia